Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari

Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari
link : Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari

Baca juga


Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari

AYER KEROH: Padah membuat laporan polis palsu kononnya diragut, seorang bakal pengantin lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Tertuduh, Juinie Marius, 33 tahun dijatuhi hukuman itu sejurus membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi maklumat secara bertulis kepada Inspektor Fadhilah Rosli yang diketahui tertuduh adalah palsu, di lorong belakang pasar raya 24 jam, Jalan Merdeka, Melaka kira-kira jam 11.15 pagi, pada 6 Oktober 2017.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Shazreen Nadia Saaban memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes laporan palsu dibuat di Melaka sejak tahun 2016.

Tertuduh yang diwakili peguam, Ishak Kari bagaimanapun merayu hukuman diringankan atas alasan anak guamnya yang berasal dari Sabah itu dipengaruhi rakan untuk membuat laporan palsu terbabit, dan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei ini, selain menanggung bapanya berusia 80 tahun serta tidak pernah mempunyai rekod jenayah.

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan pengadu yang juga pegawai kanan polis terhadap tertuduh mendapati maklumat laporan adalah palsu iaitu tertuduh semasa berada di kedai jual duit lama dan kraftangan iaitu tempat kerjanya, menyedari ada barang hilang pada Mei tahun lalu.

Rakannya kemudian meminta memulangkan semula barangan itu namun tidak ditemui seterusnya ke balai polis memberitahu barangan itu kononnya diragut kerana bimbang rakannya tidak percayakannya.

Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Analia kemudian mengenakan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar penjara selama sebulan.



Sumber Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari


Demikianlah Artikel Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari

Sekianlah artikel Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: