Judul : Macam Mana Pelamin Nikah RM70,000 Yuna Boleh Jadi RM150?
link : Macam Mana Pelamin Nikah RM70,000 Yuna Boleh Jadi RM150?
Macam Mana Pelamin Nikah RM70,000 Yuna Boleh Jadi RM150?
Foto: Twitter dan WeddingsbyQay
Jumaat lalu menyaksikan penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Dato’ Mat Zara’ai melangkah ke gerbang perkahwinan bersama pasangannya, Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair dalam sebuah majlis sempurna dengan pelamin indah berlatarbelakangkan gunung-ganang.
Kami yakin, sebaik melihat pelamin nikah Yuna ini, pasti ramai bakal mempelai yang inginkan pelamin yang serupa ataupun ambil inspirasi daripada pelamin Yuna.
Memetik laporan Mstar yang menemubual Pengarah kreatif The Calla Firdaus Othman yang menghasilkan pelamin nikah Yuna dan Adam Sinclair, menjelaskan anggaran harga pelamin itu kira-kira RM70,000.
Pelamin tersebut merupakan pelamin eksklusif yang direka hanya untuk Yuna sahaja. Terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok tersebut diambil sendiri di hutan. Jumlah RM70,000 itu juga dikira berdasarkan bukan sahaja penggunaan bunga, malah usaha menyiapkan pelamin yang mengambil masa tiga hari.
Bersiap sedia kepada semua penyedia pelamin, perancang perkahwinan dan seangkatan dengannya, kerana ada bakal pengantin yang sudah bertanyakan mengenai pelamin Yuna ini namun dengan bajet yang agak kecil.
Tidak salah memasang impian namun permintaan mahukan pelamin seperti Yuna dengan bajet RM150 hingga RM300 agak tidak masuk akal. Netizen turut sama berkongsi pendapat yang sama dengan kami dan memberikan cadangan untuk pelamin Yuna berharga RM150.
RM120 transportation(KL - HUTAN YANG DIJANJIKAN) + RM150(upah bangla potong semak, angkat kerusi, kekemasan lokasi) + RM30(microphone, terpaksa beli sebab takut tak ada sumber electric...hm..)
= "Dah bank in bagitahu k. 😉" pic.twitter.com/UIoiAmbPHw
— Λ'ΛR (@AArBukhari) January 28, 2018
Kalau nak pelamin bawah rm300 and buat kat rumah je. Sewalah barang pelamin, lepastu diy. 🙈🙈 cc ig: https://t.co/q4KxbqCIUN pic.twitter.com/jSu43Ga1sp
— ♚ (@_horcruxx) January 28, 2018
Say no more 😂 pic.twitter.com/9TAJUohO7w
— tz. (@teeejack) January 28, 2018
Akad nikah sarung cincin sudahlah xpayah pelamin2 bagai kalau pelamin nk bajet rm300 pelamin DIY pun lebih rm300 kot. Pale bana ko la
— Ayob. (@achikayob) January 28, 2018
Pelamin aku pun dah RM3000 tu pun simple je, nak budget bawah RM300 pergilah beli barang kat Daiso then masuk hutan
— Zaft Efron (@iZafieqZaidi) January 28, 2018
Tanam bunga2 tu sume dari skg baja n siram secukupnya.. lg 2 tahun baru buat majlis..
— fo (@fozan_lah) January 28, 2018
Sumber Macam Mana Pelamin Nikah RM70,000 Yuna Boleh Jadi RM150?