Judul : Hilang Banyak Tawaran Gara-gara Dituduh Tukar Jantina
link : Hilang Banyak Tawaran Gara-gara Dituduh Tukar Jantina
Hilang Banyak Tawaran Gara-gara Dituduh Tukar Jantina
Penyanyi dangdut dari kumpulan duo Bunga, Lucinta Luna mengaku kehilangan banyak tawaran persembahan gara-gara ada pihak mendakwa dirinya seorang transgender atau telah menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan.Sejak isu tersebut menjadi tular,Lucinta bersama rakan duetnya, tidak lagi mendapat tawaran persembahan. Malah beberapa klien besar yang pernah berurusan dengan mereka bertindak membatalkan kontrak.
“Berita tidak benar ini semakin menjadi besar. Jujur, saya sebenarnya sangat kecewa. Jika dahulu kami selalu menerima bayaran yang agak lumayan tetapi sejak akhir-akhir ini senang-senang sahaja pihak luar membatalkan tawaran.
“Biasanya sepanjang minggu jadual penuh dengan persembahan tetapi sekarang kosong sahaja. Saya sangat sedih tetapi apa yang dapat dilakukan. Hanya mampu bersabar di atas semua dugaan yang tidak terduga ini. Mungkin ada hikmahnya semua terjadi,” tutur Lucinta.
Tidak mahu terus dituduh transgender, Lucinta tampil menunjukkan bukti sijil kelahirannya. Ternyata dalam sijil tersebut tertulis nama sebenarnya Putri Ayluna, lahir di Jakarta pada tarikh 16 Jun 1992. Namun tarikh pengesahan yang ditandatangani oleh Ketua Penduduk tidak ditunjuk pula.
“Saya berharap agar bukti ini dapat menjawab persoalan yang berlegar di fikiran semua. Saya bukanlah seorang yang suka membuat cerita sensasi. Untuk apa buat netizen jadi heboh, itu semua akan menyusahkan sahaja bukan menyenangkan.
“Biar apapun yang terjadi, saya sentiasa berfikiran positif. Kumpulan Duo Bunga masih baru dalam bidang seni jadi saya ingin lagu-lagu diterima oleh peminat. Sejak akhir-akhir ini saya mendapat maklum balas ramai yang suka dengan karya Duo Bunga. Malah pengurus kami juga sedang berusaha membawa kami ke peringkat antarabangsa,” ungkapnya.
Terdahulu Lucinta Luna dikatakan pernah memiliki nama panggilan Cleo Vitru dan mengikuti rancangan Be A Man. Selain itu juga ada sumber yang mengatakan nama sebenar Lucinta adalah Muhammad Fattah.
Bagaimanapun, Lucinta kini dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan aktor Mike Lewis ekoran daripada gambar mesra mereka di laman sosial, Lucinta mengakui bahawa mereka sebenarnya rapat dan hampir dua tahun bercinta dengan bekas suami kepada Tamara Bleszynski itu.
Sumber Hilang Banyak Tawaran Gara-gara Dituduh Tukar Jantina