Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi

Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi
link : Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi

Baca juga


Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi

Khamis lepas ada satu filem Hindi mula ditayangkan di India. Tajuknya ‘Padmaavat’. Arahan oleh Sanjay Leela Bhansali. Pelakon utamanya ialah Deepika Padukone, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh.

Yang berbeza ialah pada hari pertama tayangan telah berlaku bantahan terhadap filem ini. Kekacauan sehingga kereta dan bas dibakar, pawagam dipecahkan, sekolah ditutup dan orang awam mengamuk.

Filem ini mengisahkan tentang Rani Padmaavati yang hidup sekitar kurun ke 13 di India. Dia merupakan permaisuri kepada Ratan Sen, raja kaum Rajput di daerah Mewar, sekarang dalam negeri Rajasthan.

Menurut kisah rakyat, Permaisuri Padmaavati ini sangat cantik, berani dan adil. Kemasyhurannya telah menarik perhatian Alauddin Khaliji, Sultan yang memerintah kawasan Delhi. Cukup tersohor hingga Alauddin Khaliji telah menyerang Mewar untuk tujuan menculik Permaisuri Padmavati.

Suami Permaisuri Padmavati, Ratan Sen baru sahaja meninggal dunia pada masa serangan itu setelah tewas dalam peperangan yang lebih awal. Namun, sebelum sempat Alauddin Khaliji menculik, lebih dulu Permaisuri Padmavati telah membakar diri sendiri demi mempertahankan maruah.

Serangan Alauddin Khaliji ke atas Mewar ini diterima sebagai fakta sejarah. Bagaimanapun, kisah Permaisuri Padmaavati, menurut ahli sejarah, tidak ada bukti kukuh. Riwayat asal kisah ini ialah dari puisi karya Malik Muhammad Jayasi hanya pada kurun ke 16. Kebanyakan ahli sejarah moden menolak kisah Permaisuri Padmavati.

Namun, lagenda tindakan nekad Permaisuri Padmaavati membakar diri mempertahankan maruah dari penculikan kuasa asing telah menjadikan dia pujaan di kalangan rakyat turun-temurun, terutamanya kaum Rajput.

Maka, apabila timbul saja desas-desus satu filem ingin dibuat tentang Permaisuri Padmaavati, ia menarik perhatian rakyat jelata. Pemimpin politik dan keluarga keturunan diraja Rajasthan antara yang memulakan bantahan.

Semasa pembikinan filem itu lagi pemimpin parti politik pinggiran telah menyerang set penggambaran dan memaksa mereka berhenti. Mereka mendakwa filem itu menunjukkan kisah cinta antara Alauddin Khaliji dan Padmavati. Ini menurut mereka tidak menepati ‘fakta sejarah’. Sebenarnya, tidak ada pun babak itu dalam skrip.

Selain itu, kaum Rajput juga membantah kerana filem itu memasukkan babak Permaisuri menari Ghoomar, tarian rakyat Rajasthan. Sedangkan seorang permaisuri tidak pernah menari di khalayak. Tambahan pula, dalam babak tersebut pinggang permaisuri terdedah. Tidak selayaknya bagi permaisuri yang menjaga kehormatan digambarkan begitu.

Kumpulan lain ada yang mendakwa filem tersebut anti-Hindu, ada yang mendakwa ia menggalakkan amalan sati (balu membakar diri) dan ada juga yang tidak senang dengan apa yang didakwa sebagai mengagungkan Alauddin Khaliji.

Akibatnya, empat kerajaan negeri mengumumkan pengharaman filem tersebut iaitu Rajasthan, Gujarat, Madhya Pradesh and Haryana. Bagaimanapun, pengharaman ini telah dicabar di sisi undang-undang. Mahkamah Agung India membuat keputusan membatalkan kesemua pengharaman tersebut. Banyak juga pihak persendirian yang lain yang memfailkan tindakan mahkamah. Alasan pengharaman ialah filem tersebut mengancam ketenteraman awam. Semuanya gagal dan ditolak oleh mahkamah. Bukan itu sahaja. Mahkamah Agung turut menghalang mana-mana negeri lain dari mengharamkan filem tersebut.

Lebih menarik lagi, Mahkamah Agung seterusnya menyatakan bahawa kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk memastikan ketenteraman awam apabila filem tersebut ditayangkan. Ini termasuk memberikan perlindungan polis kepada semua pihak: melindungi yang terlibat dalam pembikinan filem, melindungi penayangannya dan melindungi penonton. Ancaman terhadap filem tersebut bukanlah asas untuk menyatakan yang filem tersebut mengancam ketenteraman awam.

Mahkamah Agung India pernah menimbulkan persoalan secara retorika untuk difikir: Apalah gunanya perlindungan kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan jika Kerajaan tidak peduli untuk mempertahankannya? Kebebasan berkarya tidak boleh dihalang akibat ancaman demonstrasi dan keganasan terhadap karya tersebut. Itu menafikan kedaulatan undang-undang. Ia merupakan penyerahan diri oleh kerajaan kepada ugutan. Yang penting, filem berkenaan tidak jatuh di bawah sebarang kategori yang dihalang oleh Perlembagaan, maka a boleh ditayangkan.

Kebebasan bersuara ialah satu jaminan oleh negara. Ia mesti dipertahankan dari anasir yang mengancam. Kerajaan tidak boleh mengadu yang ia tidak mampu mengawal keganasan orang awam yang marah terhadap filem. Jika tidak, ia gagal melunaskan jaminan tersebut.

Karyawan pula berhak untuk menyampaikan pendapatnya melalui filem. Ini pelaksanaan kebebasan bersuara. Dalam kes Padmaavat pun, terdapat berbagai aliran tentang apa yang diterima sebagai fakta sejarah. Pengarah Sanjay Leela Bhansali cuma mengemukakan pendapatnya sendiri. Sama ada pendapatnya itu betul atau salah itu soal kedua. Mahkamah dan negara tidak boleh menghalang pendapat tersebut. Mahkamah hanya ambil tahu tentang sama ada pendapat tersebut boleh dikemukakan atau tidak. Untuk mengatakan pendapat tersebut tidak boleh dikemukakan adalah bertentangan dengan demokrasi, selagi mana pendapat itu tidak dihalang oleh Perlembagaan.

Makanya, sama ada mengganggu ketenteraman awam bukan dilihat daripada reaksi. Tapi, dinilai daripada inti filem itu sendiri.

Perlembagaan Malaysia pun banyak persamaan dengan Perlembagaan India.

Hak asasi adalah sah dan dilindungi oleh Perlembagaan. Ia tidak boleh terhalang oleh ugutan dan kekacauan kumpulan yang tidak toleran.

Abdullah Abdul Rahman


Sumber Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi


Demikianlah Artikel Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi

Sekianlah artikel Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: