Judul : Ed Sheeran raih anugerah Grammy ketiga
link : Ed Sheeran raih anugerah Grammy ketiga
Ed Sheeran raih anugerah Grammy ketiga
NEW YORK : Penggubah lagu berentak pop dari Britain, Ed Sheeran, memenangi anugerah Grammy ketiga bagi kategori Album Vokal Pop Terbaik menerusi album bertajuk 'Divide'.
Divide menewaskan calon lain termasuk bintang pop terkenal, Lady Gaga dan kumpulan rock Coldplay.
Sheeran, 26, adalah calon pilihan bagi kategori berkenaan susulan pencapaiannya sebelum ini dan kejayaan diraih termasuk status sebagai artis pilihan ramai dalam aplikasi muzik Spotify.
Dalam perkembangan terbaru yang dianggap kejutan dan peralihan zaman untuk arena muzik Amerika Syarikat, rentak hip hop buat pertama kalinya mendominasi pencalonan.
Album Divide menampilkan beberapa lagu yang menjadi pujaan ramai termasuk lagu rancak 'Shape of You', lagu berentak rock 'Castle on the Hill' dan lagu romantik balada, 'Perfect'.
Sheeran bagaimanapun tidak hadir untuk menerima anugerah itu yang disampaikan pada satu majlis sebelum acara kemuncak Anugerah Grammy. - AFP
Sumber Ed Sheeran raih anugerah Grammy ketiga