Judul : Atletico lambat panas
link : Atletico lambat panas
Atletico lambat panas
MADRID: Penyerang veteran, Fernando Torres membantu Atletico Madrid menewaskan pasukan bawahan Las Palmas, 3-0 untuk mengukuhkan cengkaman di tangga kedua La Liga, awal pagi tadi.
Torres menyudahkan gerak balas pantas pada minit ke-73 dengan merembat bola ke bahagian atas gawang untuk gol kedua Atletico yang meraih 46 mata, enam mata di hadapan pasukan di tangga ketiga, Valencia yang tewas 4-1 di tempat sendiri di tangan Real Madrid, semalam.
Tanpa Costa yang cedera, Atletico tampak bergelut menembusi gawang lawan dan terpaksa menunggu sehingga minit ke-61 menerusi Antoine Griezmann yang menerima hantaran cantik Juanfran dari sebelah kanan sebelum menolak bola melepasi penjaga gol lawan, Leandro Chichizola.
ANTOINE Griezmann menewaskan penjaga gol Las Palmas, Leandro Chichizola untuk jaringkan gol pertama Atletico. - Foto AFP
"Separuh masa pertama tidak berapa baik. Bagaimanapun, kami bangkit di separuh masa kedua selepas mendapat arahan jurulatih ," kata Griezmann yang percubaannya dua kali terkena tiang.
Dia juga menjadi perancang kepada gol kedua oleh Torres, jaringan ke-600 Atletico dalam semua kejohanan sejak dikendalikan Diego Simeone tujuh tahun lalu.
Thomas Partey menjaringkan gol ketiga dua minit sebelum tamat perlawanan sekali gus melengkapkan kemenangan Atletico.
PENYERANG Atletico, Fernando Torres (kiri) diasak pertahanan Las Palmas pada aksi di Stadium Wanda Metropolitano. - Foto AFP
Las Palmas kekal di tangga kedua terbawah dan lima mata di atas zon selamat.
"Kami miliki banyak peluang dan menjaringkan tiga gol," kata Griezmann yang menjaringkan gol ketujuh dalam liga musim ini
THOMAS Partey (kanan) meraikan jaringan ketiga Atletico bersama rakannya, Yannick Ferreira Carrasco. - Foto EPA
"Saya rasa bagus. Permulaan musim ini baik dan saya harap dapat terus membantu dan menjaringkan gol. Kami ada dua lagi kejohanan, La Liga dan Liga Europa dan kami akan memberi yang terbaik."
Sementara itu, Sevilla tidak bernasib baik untuk merapatkan kedudukan dengan Real Madrid dan tempat ke Liga Juara-Juara apabila jaringan penyamaan kontroversi Angel Rodriguez pada masa kecederaan membolehkan Getafe mengutip satu mata di Stadium Roman Sanchez Pizjaun.
Sumber Atletico lambat panas