Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton

Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton
link : Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton

Baca juga


Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton

SHAH ALAM: Polis mengesahkan penganjur acara Klang City International Marathon 2017, Ahad lalu, tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata ia hasil siasatan pihaknya terhadap penganjur, Earth Runners Int Group Sdn Bhd, susulan laporan yang dibuat oleh Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada hari sama acara itu berlangsung.

Menurutnya, lelaki berkenaan dalam laporan tersebut memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh PJS mengenai satu kemalangan melibatkan tiga peserta acara larian di Batu 2, Jalan Kapar-Klang, pada jam 4.30 pagi.

"Susulan laporan itu, semakan mendapati acara yang dianjurkan oleh syarikat berkenaan, tiada dan gagal memohon lesen daripada Pesuruhjaya Sukan untuk menganjurkan kejohanan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

BACA: Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah mengawal, bukan menghukum

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Pembangunan Sukan 1997.

Acara marathon itu bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Pandamaran Klang.

Dalam kejadian itu, Evelyn Ang Gek Suan, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki selepas dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.

-- BERNAMA



Sumber Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton


Demikianlah Artikel Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton

Sekianlah artikel Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: