Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat

Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat
link : Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat

Baca juga


Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat

Mufti Perlis berkata kandungan amanat itu, jika ia dilaksanakan, akan menjadi lebih berbahaya daripada kepercayaan pengikut IS sekarang.

asri-hadi2PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan sudah melaksanakan tugasnya apabila mengisytiharkan “Amanat Hadi” sebagai sesat, kata Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau percaya “Amanat Hadi” memainkan peranan membaw kepada tragedi berdarah Peristiwa Memali 1985 dan menyebabkan perpecahan orang Islam di negara ini.

“Amanat itu nyata sekali mengisytiharkan perlembagaan negara ini sebagai kafir dan rakyat harus berjihad terhadap mana-mana orang yang berpegang pada Perlembagaan.

“Kandungan amanat itu, jika ia dilaksanakan, akan menjadi lebih berbahaya daripada kepercayaan pengikut Islam (IS) sekarang,” katanya lapor New Strais Times hari ini.

Komen Asri itu menyusuli ucapan Presiden PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang berkata kegagalan mufti menyangkal fatwa ekstrem yang dikeluarkan Hadi membawa kepada tragedi Memali di Kedah.

Dalam tragedi itu, 4 anggota polis dan 13 penyokong seorang guru agama yang rapat dengan PAS, Ibrahim Mahmud, terkorban dalam operasi untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, selepas beliau dituduh menyebarkan ajaran sesat.

Bekas perdana menteri itu berkata jika mufti mencabar dan menangkis “fatwa” politik itu, tragedi berdarah itu boleh dielakkan.

“Apabila PAS dakwa bahawa orang yang tidak menyertai PAS adalah kafir, kenapakah perlu mufti-mufti tidak membetulkan kenyataan mereka? Mereka berdiam seribu bahasa seolah-olah mereka setuju dengan pendapat PAS,: katanya dalam ucapan penggulungan mesyuarat agung tahunan pertama BPPM.

Dr Mahathir sebelum ini menuduh Hadi sebagai antara punca peristiwa di Memali, dengan merujuk sebahagian teks ucapan Hadi yang disebarkan pada 1980an dan dikenali sebagai “Amanat Hadi”.

Hadi dalam ucapan itu didakwa mengatakan PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.

Amanat itu dituduh sebagai punca orang Melayu berpecah kepada PAS dan Umno sehingga menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir, solat 2 imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.

NST turut mengambil reaksi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata sebagai pemimpin agama, mufti tidak mahu terlibat dalam politik.

“Peristiwa itu berlaku berdekad dulu. Apa lagi yang boleh kita katakan? Kita terpaksa terimanya sebagai hukuman dari Tuhan.

“Di samping itu, ini isu politik. Kami (mufti) tidak mahu terlibat kerana kami tidak mahu dituduh tidak berkecuali.”

Hadi hari ini berkata para mufti berdiam diri dalam isu Memali kerana kesan dihimpit campurtangan pentadbiran Dr Mahathir dalam pelbagai institusi negara, termasuk institusi agama.

“Mufti juga hendak dipaksa, daripada mereka bercakap, mereka berdiam diri pada masa itu. Itu lebih selamat,” katanya kepada wartawan di sidang media PAS hari ini.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat


Demikianlah Artikel Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat

Sekianlah artikel Asri: Majlis fatwa isytihar ‘Amanat Hadi’ sesat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: