MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban

MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban
link : MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban

Baca juga


MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban

Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon (kiri) dipilih menjadi calon PRU14 di parlimen Seremban. — Foto oleh Saw Siow FengKetua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon (kiri) dipilih menjadi calon PRU14 di parlimen Seremban. — Foto oleh Saw Siow FengSEREMBAN, 31 Dis — MCA akan meletakkan Ketua Pemudanya Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata pemilihan Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan adalah berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban ditambah keperibadian yang dinamik serta popular dalam kalangan penduduk setempat.

“Saya minta penduduk di Seremban memberi sokongan kepada MCA kerana kita perlukan perwakilan kaum Cina dalam kerajaan bagi memberi perkhidmatan berterusan kepada masyarakat Cina,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Seremban, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri King Lim Chin Fui.

Liow juga berkata MCA telah menghantar senarai pendek calonnya untuk PRU ke-14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional.

Pada masa sama, Liow berkata MCA berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa menjaga kebajikan kaum Cina sekalipun kaum itu tiada wakil dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri. 

Beliau turut mengingatkan pengundi Cina agar tidak terpedaya dengan racun emosi yang sering digunakan oleh pembangkang untuk memancing undi.

Mengulas pemilihannya itu, Chong berterima kasih kepada MCA dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diberi dengan komitmen tinggi.

“Saya mohon pengundi Seremban memberi peluang kepada saya untuk membawa suara Seremban masuk ke Parlimen kerana sebelum ini tidak banyak isu-isu Seremban yang dibawa masuk ke Parlimen,” katanya.

Kerusi Parlimen Seremban kini disandang oleh Anthony Loke Siew Fook daripada DAP yang menewaskan calon MCA Datuk Dr Yeow Chai Thiam (mendiang) dan tiga calon Bebas pada PRU13. — Bernama



Sumber MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban


Demikianlah Artikel MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban

Sekianlah artikel MCA letak Chong Sin Woon bertanding PRU14 di Seremban kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: