Mahfuz keluar PAS malam ini

Mahfuz keluar PAS malam ini - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mahfuz keluar PAS malam ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz keluar PAS malam ini
link : Mahfuz keluar PAS malam ini

Baca juga


Mahfuz keluar PAS malam ini

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, hari ini mengumumkan keluar daripada PAS berkuat kuasa 11.59 malam ini.

Mengumumkan pendiriannya pada satu sidang media di sini, bekas Naib Presiden PAS itu memberi alasan kegagalannya menjadi "penghubung" antara gabungan pembangkang dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu.

Mahfuz menyertai PAS sejak 34 tahun lalu.

Beliau berkata surat pemberhentian keahlian akan dihantar kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, melalui emel petang ini.

Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58 dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30.

Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti setahun lalu.

Mengulas tindakannya itu, Mahfuz berkata misi pertamanya yang ingin menjadi penghubung antara PAS dan gabungan pembangkang PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sudah berlalu kerana partinya tidak bersedia untuk bergerak bersama pakatan berkenaan.

"Saya melihat sudah sampai satu peringkat PAS sudah tidak punya komitmen untuk memperjuangkan rakyat, terutama membabitkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dijadikan alat kepentingan politik.

"Saya sebagai ahli PAS rasa dipermainkan, begitu juga dengan tindakan PAS yang mengambil pendekatan berkecuali dalam Bajet 2018, selain hanya menyasarkan kemenangan di 40 kerusi sekali gus menunjukkan PAS tak bersedia ambil alih kerajaan," katanya.

Mahfuz akui sedih dengan hala tuju PAS kini sedangkan dahulu beliau bersama PAS atas asas yang dibina oleh bekas Presidennya, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Ditanya mengenai dakwaan beliau akan menyertai PPBM dan akan dilantik ketua bahagian parti itu di Pokok Sena, Mahfuz menafikannya.

Sebaliknya, beliau menegaskan ingin melalui tempoh bertenang sehingga sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi membuat keputusan mengenai kerjaya politiknya.

"Tiada apa-apa tawaran jawatan dan sebagainya daripada PPBM, namun ada jemputan dari parti lain yang sentiasa membuka peluang untuk saya sama ada dari PPBM sendiri, PAN, PKR dan DAP sendiri.

Mengenai kerusi Parlimen Pokok Sena yang disandangnya selama tiga penggal, Mahfuz berkata soal menjadi calon dan bertanding pada PRU bukan lagi keutamaan.



Sumber Mahfuz keluar PAS malam ini


Demikianlah Artikel Mahfuz keluar PAS malam ini

Sekianlah artikel Mahfuz keluar PAS malam ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: