Judul : ‘Tolong Jangan Paksa, Saya Takkan Kongsi’ - Ardell Aryana
link : ‘Tolong Jangan Paksa, Saya Takkan Kongsi’ - Ardell Aryana
‘Tolong Jangan Paksa, Saya Takkan Kongsi’ - Ardell Aryana
“Tolong jangan paksa saya kerana perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Saya juga tidak mahu dikatakan sengaja meraih simpati ramai,” kata pelakon, Ardell Aryana.
Sejak pertengahan tahun ini, keadaan kesihatan Ardell, 28, hangat diperbualkan apabila dia dikatakan mengidap kanser tahap tiga.
Status dimuat naik teman baiknya, Nadzmi Adhwa di laman sosial yang menasihati supaya tidak mengalah ketika diuji Allah bagaikan mengesahkan derita yang ditanggungnya.
Persoalan itu, bagaimanapun terus menjadi tanda tanya apabila Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin mengambil pendirian mengunci mulut.
Ardell berkata, dia tidak berniat untuk berahsia, sebaliknya keputusan itu dibuat kerana tidak mahu apa yang dilaluinya menjadi fokus ramai.
Katanya, melihat apa yang berlaku kepada teman artis seperti Elyana dan Puteri Balqis membuatkan dia nekad untuk tidak berkongsi masalah yang dihadapi.
“Mereka memerlukan kata semangat dan sokongan ketika berdepan ujian, namun masyarakat pula lebih suka menghukum.
“Saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri. Jadi, saya ambil keputusan mengunci mulut dan tidak bercerita mengenai kesihatan saya kerana ia terlalu peribadi,” katanya
Pelakon yang popular menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia berkata, dia pernah kemurungan gara-gara membaca pelbagai komen keterlaluan di laman sosial.
Apa yang berlaku, kata Ardell, membuatkan dia tidak lagi membenarkan pandangan orang luar mempengaruhi emosinya.
“Pernah pada satu tahap, kesihatan saya mula merosot. Bayangkan ketika saya sedang berjuang melawan kesakitan, saya terpaksa menelan pelbagai andaian.
“Saya dituduh tidak menjaga pemakanan, malah apabila mula berhijab, saya pula dikatakan sedang menanti mati.
Apabila komen begitu dilemparkan, rasanya lebih baik saya tidak berkongsi,” katanya.
Menyentuh perkembangan kerjaya seni, Ardell berkata, kemunculannya dalam filem arahan Aziz M Osman, XX Ray 3 menjadi isyarat dia sudah bersedia untuk kembali aktif.
Bakal menjengah pawagam mulai 24 Januari depan, Ardell berkata, dia sedang mempertimbangkan tawaran baharu memandangkan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Rata-rata netizen mendoakan Ardell supaya cepat sembuh.
Sumber : Lubuk Maklumat
Sumber ‘Tolong Jangan Paksa, Saya Takkan Kongsi’ - Ardell Aryana
Demikianlah Artikel ‘Tolong Jangan Paksa, Saya Takkan Kongsi’ - Ardell Aryana
Sekianlah artikel ‘Tolong Jangan Paksa, Saya Takkan Kongsi’ - Ardell Aryana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.