Judul : Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!!
link : Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!!
Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!!
Bila berlaku kmlngan, kita bukan saja trauma. Syukur jika nyawa tidak melayang. Tapi bagaimana agaknya perasaan kita kalau kenderaan yang melanggar kita itu pemandunya TIADA LESEN. Lebih teruk lagi kenderaannya tiada PERLINDUNGAN CUKAI JALAN.
Apa nak buat? Nak claim pada siapa kalau hal ini terjadi?. Peguam, Nor Zabetha telah menulis di fbnya, Nor Zabetha dan mengajar selengkapnya apa yang harus kita lakukan jika kenderan dilanggar orang tidak mempunyai lesen dan kenderaannya tiada cukai jalan. At least tak la rasa panas hati sangatkan kalau kena keluar duit sendiri! Ikuti perkongsiannya.
Saya dilanggar oleh kenderaan tidak ada lesen dan insurans. Apa perlu lakukan? Bolehkah saya tuntut? Saya kongsi caranya disini ya.
Ramainya yang tanya berkenaan soalan ini. Sebab mereka fikir tidak akan dapat menuntut langsung kerana tiada insurans dan juga lesen. Jangan salah anggap. Walaupun tidak ada lesen atau insurans, tetapi tetap berlaku kmlngan dan menyebabkan kerugian kan? Jadi ada boleh menuntut.
Tuntutan anda boleh dibuat atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika si pemandu bukan pemilik) walaupun tiada insurans. Mereka tidak dilindungi, anda boleh saman atas kapasiti persendirian. Jika anda menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka bayar tetapi mereka ingkar untuk bayar, anda boleh cuba ‘recover’ jumlah tersebut melalui prosiding seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.
Anda telah mengalami kerugian akibat kecuaian si pelanggar, tidak adil semata-mata mereka tidak mempunyai insurans, mereka tidak perlu bayar apa-apa. Mereka juga tidak adil, tidak membeli insurans langsung seperti pengguna jalan raya lain dan menyusahkan pengguna jalan raya lain untuk menuntut.
Untuk menuntut bagi kes kecuaian kmlngan tanpa insurans ini, sangat-sangat penting anda dapatkan maklumat pemandu sebab bila hendak mulakan saman, nama dan butiran pemandu diperlukan untuk menyaman. Gagal dapat butiran memang menyebabkan anda tidak boleh menyaman.
Jadi apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kmlngan oleh pemandu tanpa lesen dan tanpa insurans:-
1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).
2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.
3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)
4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.
5) Buat laporan polis bagi kmlngan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kmlngan dan membuat laporan penuh serta lakaran kmlngan.
6) Hubungi pihak insurans anda.
7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.
Elakkan settlement luar kerana kebanyakkan kes, selepas pihak-pihak tidak membuat laporan polis. Pihak yang berjanji hendak buat settlement akan cabut lari. Hati-hati ketika memandu.
Silakan share supaya kita semua tahu hak kita.
Yang benar
Peguam Anda
Nor Zabetha
Sumber : remaja.my
Sumber Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!!
Demikianlah Artikel Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!!
Sekianlah artikel Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen Dan Cukai Jalan Tamat Tempoh? Peguam Ini Ajar Cara Selesaikan, Jangan Panik OK!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.