Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online

Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online
link : Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online

Baca juga


Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online



Bagi penyimpan dan pelabur Amanah Saham Bumiputera atau singkatannya ASB, hujung tahun begini tentulah masa yang ditunggu-tunggu untuk ‘menuai’ hasil pelaburan.

Bila masuk tahun baru, ramailah yang akan beratur untuk tengok penyata kewangan masing-masing di kaunter ASB, bank-bank, atau kiosk ASB yang lain seperti pejabat pos.

Sebenarnya lebih mudah kalau kita daftar MyASNB dan buat semakan secara online pada bila-bila masa.

Caranya mudah saja. Jom kita tengok langkah demi langkah di bawah.

Cara Daftar MyASNB Untuk Semakan ASB Online

Bagi yang masih tertanya-tanya, ASNB kini telah menyediakan perkhidmatan online di mana anda boleh:

i) menyemak baki terkini

ii) membuat pelaburan tambahan

iii) melihat penyata tahunan

Tapi sebelum membuat mana-mana aktiviti di atas, pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna MyASNB.

Hanya 4 langkah mudah untuk mendaftar MyASNB.



Berikut adalah cara daftar MyASNB untuk mengaktifkan dan menikmati kemudahan online bagi akaun ASB anda.

1. Kemaskini Nombor Telefon

Pertama sekali, pastikan nombor telefon anda yang terkini telah dikemaskini dan berada dalam rekod pihak ASNB.

Ini penting bagi memastikan nombor sekuriti atau TAC dihantar ke nombor yang betul.

2. Buka Laman Web MyASNB

Seterusnya layari www.myasnb.com.my

Klik bahagian ‘Daftar di sini’.

Baca terma dan syarat dan tandakan ‘Setuju’ untuk meneruskan proses pendaftaran.



2. Isi Maklumat

Sekarang isikan maklumat asas yang diminta seperti berikut.



3. Pengesahan

Setelah mengisi maklumat, semak nombor telefon yang tertera dan klik ‘Permintaan TAC’.

Kod TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda dan masukkan nombor tersebut untuk proses seterusnya.


4. Daftar Akaun

Sekarang isikan maklumat untuk akaun online anda seperti username, password beserta beberapa soalan keselamatan.



5. Simpan Kata Laluan Sementara

Selepas semua maklumat diisi dengan lengkap, anda akan diberi passwordsementara untuk login kali pertama.

Gunakan password ini sekali saja masa nak login kali pertama. Lepas dah dapat login nanti, tukarkan kepada password yang dicipta sendiri OK.



OK, tadi kita dah siap daftar, sekarang kita nak login dan semak baki dalam ASB. Bagi yang pertama kali baru nak login atau dah lupa cara nak login, boleh ikut cara di bawah ini ya.

Cara Semak Baki & Penyata Akaun ASB Yang Telah Didaftarkan

1. Login

Macam biasa, mula-mula kita pergi ke laman web www.myasnb.com.my dan cari bahagian ‘Log Masuk’. Klik di situ.



2. Masukkan ID

Lepastu bolehlah masukkan username atau ID yang didaftarkan tadi.

Bagi yang dah lama daftar dan terlupa, dekat bawah tu ada pilihan ‘Lupa ID Pengguna’. Boleh klik dekat situ kalau tak ingat, mereka akan bagi kita buat semula ID yang baru.


3. Masukkan Kata Laluan Sementara

Tadi masa dah selesai daftar, ada diberi password sementara kan? Sekarang masukkan password sementara tu di bahagian yang tertera.

Kemudian taipkan frasa keselamatan dengan betul.Check betul-betul kalau ada tertekan caps lock, sebab nanti boleh silap pula.



4. Kemaskini Kata Laluan Baru

Sekarang, tukar password sementara tadi kepada password baru pilihan anda.

Lagi panjang password tu, lagi eloklah. Tapi jangan panjang sangat sampai kita sendiri susah nak ingat! Password yang kita pilih tu mesti mengandungi huruf besar, huruf kecil, nombor, dan satu simbol.



5. Semak Baki & Penyata

Ok, bila dah settle password tadi, dah bolehlah semak baki, penyata dan kalau nak buat pelaburan tambahan pun boleh. Dia akan link kepada akaun bank online kita dan transfer amaun yang kita nyatakan untuk disimpan di ASB.

Mudah kan?



Tak Payah Beratur Panjang Lagi!

Jadi lepas ni kita bolehlah semak akaun ASB bila-bila masa saja setiap hari. Tak perlu beratur lagi nak tengok dividen. Semuanya boleh buat secara online kecuali pengeluaran wang. Simpan dekat ASB selamatlah sikit duit kita tu daripada online shopping kan?

OK semoga post ini membantu anda yang nak mendaftar MyASNB dan semakan ASB online.

Jangan lupa kongsikan ya.

kredit artikel : edisimedia.com

Sumber Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online


Demikianlah Artikel Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online

Sekianlah artikel Tak Perlu Lagi Beratur Semata-mata Nak Tengok Dividen Dan Baki, Ini Cara Senang Untuk Semak Penyata ASB Secara Online kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: