Judul : Kenderaan yang bercermin gelap melebihi had yang ditetapkan bakal dikenakan yuran – faktor kesihatan terkecuali
link : Kenderaan yang bercermin gelap melebihi had yang ditetapkan bakal dikenakan yuran – faktor kesihatan terkecuali
Kenderaan yang bercermin gelap melebihi had yang ditetapkan bakal dikenakan yuran – faktor kesihatan terkecuali
Kerajaan berkata yuran bakal dikenakan terhadap pemilik kenderaan bercermin gelap melebihi had yang ditetapkan, laporanThe Star. Walau bagaimana pun, tidak semua yang memohon untuk cermin gelap ini akan mendapatkannya, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
“Tiada kelulusan automatik, jadi perlu ada permohonan untuknya dan ada yuran yang perlu dibayar,” ujarnya. Beliau menambah bahawa pengecualian akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang perlu menggunakan cermin gelap atas faktor kesihatan.
Tidak ada kelulusan atau bayaran yang dikenakan jika menggunakan lapisan filem cermin gelap mengikut spesifikasi yang dibenarkan. “Sekiranya ia sesuai dengan standard, tiada kelulusan diperlukan,” kata Loke.
Garis panduan cermin gelap kenderaan telah disemak semula pada Februari 2016, apabila peraturan yang dikemaskini, yang difailkan di bawah Peraturan Kenderaan Bermotor (Larangan Jenis Kaca Tertentu) 2016 yang menggantikan peraturan tahun 1991.
Peraturan semasa menetapkan bahawa peratusan transmisi cahaya (VLT) minimum adalah 70% untuk cermin depan, 50% untuk tingkap depan, dan 30% untuk tingkap belakang dan cermin belakang.
Peraturan terkini untuk kenderaan cermin gelap ini adalah sebahagian daripada Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 yang dibentangkan di parlimen semalam. Rang undang-undang yang dipinda itu dijangka diluluskan dan diwartakan untuk pelaksanaan pada Januari 2019.
Artikel berkaitan
Pindaan RUU Akta Pengangkutan Jalan dibentangkan di Dewan Rakyat – PBT boleh lupus kenderaan terbiar
Hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Dalam pembentangan tersebut, Loke berkata RUU itu antara lain akan memberi kuasa kepada Majlis Bandaraya untuk menubuhkan pasukan warden lalu lintasnya sendiri. Di mana penubuhan pasukan itu dapat membantu anggota polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melakukan tugas rondaan dan menjaga lalu lintas di bandar raya besar, laporan Bernama.
Loke juga berkata pindaan baharu itu juga bakal menambah baik proses pembatalan pendaftaran kenderaan bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melupuskan kenderaan terbiar.
“Sekarang ini, pihak PBT mempunyai masalah untuk melupuskan kenderaan terbiar di kawasan mereka kerana kebanyakan kenderaan ini masih mempunyai pendaftaran masih hidup (sah). Jadi dengan pindaan baharu ini dapat memudahkan kerja PBT melupuskan kenderaan terbiar,” katanya.
Sementara itu, Loke berkata di bawah pindaan baharu itu juga menteri bakal diberikan kuasa untuk menetapkan fi terhadap penggunaan cermin gelap oleh kenderaan.
“Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang untuk kerajaan meletakkan caj atau fi terhadap cermin gelap, cuma menteri diberi kuasa untuk beri pengecualian kepada mana-mana individu melalui surat,” katanya.
Sumber : Paultan.org
Sumber Kenderaan yang bercermin gelap melebihi had yang ditetapkan bakal dikenakan yuran – faktor kesihatan terkecuali
Demikianlah Artikel Kenderaan yang bercermin gelap melebihi had yang ditetapkan bakal dikenakan yuran – faktor kesihatan terkecuali
Sekianlah artikel Kenderaan yang bercermin gelap melebihi had yang ditetapkan bakal dikenakan yuran – faktor kesihatan terkecuali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.