Fakta Menarik Mengenai Lebah

Fakta Menarik Mengenai Lebah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Fakta Menarik Mengenai Lebah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fakta Menarik Mengenai Lebah
link : Fakta Menarik Mengenai Lebah

Baca juga


Fakta Menarik Mengenai Lebah

1. Nama saintifik lebah adalah Anthophila yang membawa maksud ‘peminat bunga’ (antho = flower, phila = lover). Lebah madu, antara lebah yang paling terkenal mempunyai nama saintifik Apis mellifera yang membawa maksud lebah, pembawa madu (Apis = bee, mellifera = honey-bearing).

2. Lebah adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia, yakni madu lebah. Madu lebah dihasilkan melalui pengumpulan nektar yang kemudiannya dikeringkan menggunakan kibasan sayap lebah. Madu mengandungi kira-kira 76% gula, 18% air dan 8% bahan lain.

3i. Sebuah koloni terdiri daripada tiga jenis lebah, iaitu ratu lebah (queenbee), lebah pekerja (worker bee) dan lebah jantan (drones).

3ii. Ratu lebah dianggap sebagai ketua bagi koloni lebah tertentu. Tugas ratu lebah adalah untuk mengawan dengan lebah jantan untuk menghasilkan telur lebah. Seekor ratu mampu menghasilkan sehingga 2,500 telur lebah sehari. Penggantian ratu lebah berlaku kira-kira setiap 2 hingga 3 tahun sekali setelah kematian ratu yang terdahulu.

3iii. Lebah pekerja (worker bees) adalah terdiri daripada lebah betina. Kesemua tugas melibatkan sarang lebah dikendalikan oleh lebah pekerja termasuk mencari nektar, mengukuhkan dan melindungi sarang serta memberi makanan kepada larva. Hanya lebah pekerja dan ratu sahaja yang mempunyai sengat, akan tetapi setiap lebah pekerja akan mati setelah menyengat sesuatu (kecuali ratu). Tempoh hayat lebah pekerja hanyalah sekitar 6 hingga 8 minggu.

3iv. Lebah jantan pula dikenali sebagai drone. Tugas drone adalah semata-mata unntuk mengawan dengan ratu lebah. Drone mengawan dengan ratu lebah menerusi upacara ‘mating flight’, dimana si ratu akan datang kepada sebilangan drone untuk mencari pasangan, manakala drone yang dipilih akan memasukkan ‘endophallus’ kedalam ratu untuk memancutkan semen (sama seperti penis bagi manusia). Endophallus tersebut kemudiannya direntap dari tubuh si drone selesai proses mengawan. Lazimnya drone akan mati sesudah mengawan dengan ratu. Seandainya ia masih hidup, ia akan diusir keluar kerana telah melaksanakan tugasnya dan sudah tidak diperlukan lagi.

4. Sarang lebah (honeycomb) terbentuk menggunakan sistem bentuk poligon hexagon sempurna (poligon bersisi enam). Susunan bentuk hexagon adalah bentuk pembinaan semulajadi yang paling luas (space efficient) dengan 0% pembaziran ruang serta menggunakan bahan yang paling minima (material efficiency). Ini membantu dalam memastikan penyimpanan madu yang banyak dalam setiap honeycomb tanpa perlu menggunakan banyak bahan (beeswax).

5. Lebah mempunyai dua perut, iaitu perut untuk menyimpan makanan (true stomach) dan perut untuk menyimpan nektar (crop / honey sack). Ia mampu menyimpan kandungan nektar sebanyak 80% dari berat badannya sendiri.

6. Ketika musim sejuk, sebahagian lebah pekerja akan mengambil peranan sebagai ‘heater bees’ dengan menggetarkan seluruh tubuhnya untuk menghasilkan haba bagi memastikan suhu sarang lebah kekal pada suhu 95ºF. (35ºC).

7. Lebah berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan sebaran bauan kimia yang dikenali sebagai feromon melalui kaedah tarian.

8. Menurut catatan beberapa laman sesawang, pakar arkeologi pernah menemui beberapa balang madu lebah didalam sebuah makam Mesir yang sudah mencecah umur 3,000 tahun ketika mereka sedang menjalankan proses penggalian piramid. Ia dikhabarkan ditemui di makam Tutankhamun, manakala ditempat lain ia direkodkan ditemui di kawasan makam yang lain. Ada juga sebahagian berita tersebut tidak menceritakan ciri-ciri madu itu sendiri. Berita ini telah dilaporkan sendiri oleh badan berautoriti sahih seperti National Geographic dan Smithsonian akan tetapi masih diragukan.

9. Lebah bertanggungjawab keatas percambahan sepertiga bekalan makanan manusia seluruh dunia dan 80% pendebungaan melalui serangga dilakukan oleh lebah. Ini adalah kerana lebah melakukan proses pendebungaan (pollination) setiap kali ia hinggap pada mana-mana bunga. Debunga pada benang sari bunga akan melekat pada tubuh badan dan sayap lebah. Ia kemudiannya disebarkan ke kawasan baharu ketika lebah terbang tempat lain. Oleh sebab ini, lebah seperti lebah madu dan lebah kumbang dengung (bumblebee) dikategorikan sebagai antara haiwan yang paling berpengaruh terhadap kehidupan umat manusia. Bahkan, ramai saintis berpendapat bahawa jika pupusnya lebah, maka pupuslah umat manusia.

10. Lebah mempunyai kira-kira 170 reseptor bauan dan deria bau 50 kali ganda lebih baik berbanding anjing. Hal ini ditemui oleh pakar entomologi, Hugh Robertson dalam kajian reseptor bauan (smell) dan rasa (taste) lebah madu di University of Illinois. Bahkan, terdapat beberapa eksperimen dilakukan di Semenanjung Balkan dimana lebah dilatih dan digunakan sebagai ‘smeller bees’ atau pencari periuk api yang masih aktif yang ditinggalkan pasca perang Bosnia 1992 hingga 1995. Selain daripada itu, lebah juga digunakan untuk mengesan sel kanser dari tubuh manusia.

11. Lebah mempunyai deria penglihatan berasaskan warna trichromatic, sama seperti manusia. Manusia boleh melihat warna gabungan yang terdiri daripada tiga warna asas iaitu merah, biru dan hijau. Manakala lebah pula mampu melihat gabungan warna biru, hijau dan ultraviolet. Lebah tidak mampu melihat warna merah akan tetapi boleh mengesan warna yang mempunyai ‘wavelength’ kemerahan seperti kuning dan ‘bee’s purple’ (suatu jenis warna ultraviolet). Kecekapan mata lebah juga 5 kali lebih baik berbanding manusia dimana ia mampu mengesan perubahan warna bunga pelbagai sisi yang dikenali sebagai ‘iridescent’. Kebolehan deria pandangan ini membantu lebah dalam proses pendebungaan dan pengumpulan nektar.

12. Lebah yang ditugaskan untuk menjaga koloni sangat sensitif terhadap gas karbon dioksida. Ini adalah kerana lebah telah berevolusi unntuk mengesan karbon dioksida dalam hembusan nafas musuh dan lazimnya akan menyengat musuh pada kawasan muka, dimana merupakan kawasan paling sensitif pada mana-mana haiwan. Tambahan pula, lebah lebih sensitif terhadap objek yang berwarna gelap dan berbulu, memandangkan kebanyakan mamalia yang menjadi musuh semulajadi lebah mempunyai ciri yang sama. Oleh sebab itulah penternak lebah mempunyai pakaian perlindungan khas yang berwarna putih.

13. Lebah mampu mengibas sayapnya sebanyak 230 kali sesaat, mengakibatkan getaran di udara membentuk bunyi ‘buzz’. Kibasan sayap ini membantu dalam proses pendebungaan, pembentukan madu dan mengekalkan suhu sarang lebah.

14. Lebah pekerja juga melaksanakan peranan sebagai ala-ala penggali kubur atau ‘Undertaker Bees’ dimana ia ditugaskan untuk mengeluarkan mana-mana mayat lebah yang telah mati didalam sesebuah sarang lebah.

15. Pada mulanya, saintis menjangkakan bahawa warna kuning hitam pada tubuh lebah adalah untuk memberi peringatan kepada pemangsa terutama sekali bagi yang pernah disengat untuk menjauhkan diri mereka. Akan tetapi setelah melakukan kajian lebih lanjut, Dr. Nigel Raine dari University of London berpendapat bahawa cara lebah terbang dan bunyi ‘buzz’ yang terhasil daripada lebah tersebut memainkan peranan lebih besar untuk menghalau pemangsa berbanding warna tubuhnya. Akan tetapi ia tetap memainkan peranan tersebut, hanya tidak begitu signifikan.

#AC #SNJoker

Rujukan :

Honey Bee Genus https://www.insectidentification.org/insect-description.asp…

Honey Composition 
https://ift.tt/1JcwonW

Why Nature Loves Hexagon – It’s Okay To Be Smart 
https://youtu.be/Pypd_yKGYpA

Honey Bee Queen Mating Flight
https://www.orkin.com/stin…/…/mechanics-of-honey-bee-mating/

Honey In The Pyramids
i) https://www.nationalgeographic.com.au/…/honey-in-the-pyrami…

ii) https://www.smithsonianmag.com/…/the-science-behind-honeys…/

The Guardian – Importance of Bees
https://www.theguardian.com/…/2015/jun/17/why-are-bees-impo…

Professor Hugh Robertson – Honey Bee’s Chemoreceptors For Smell and Taste
https://ift.tt/2pWjPfB

Smeller Bees and Landmines https://www.telegraph.co.uk/…/Sniffer-bees-reared-to-detect…

Bees and Cancer Cells Detection 
https://www.smithsonianmag.com/…/can-bees-be-trained-to-sn…/

Bees’ Trichromatic Sight
https://ift.tt/2BqRZNf

Honey Bee Aggression 
http://labs.biology.ucsd.edu/…/Teach…/honeybee_aggession.htm

Bee’s Wing Flap
http://m.caltech.edu/ne…/deciphering-mystery-bee-flight-1075

Undertaker Bees
https://www.sciencedaily.com/releas…/1997/…/970910052734.htm



Demikianlah Artikel Fakta Menarik Mengenai Lebah

Sekianlah artikel Fakta Menarik Mengenai Lebah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: