Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat

Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat
link : Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat

Baca juga


Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat



ALOR SETAR: Keluarga anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, memutuskan untuk tidak membuat sebarang acara bagi menggantikan kenduri perkahwinan yang sepatutnya dilakukan pada Sabtu ini.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata anaknya sudah selamat dikebumikan maka sudah pastinya majlis perkahwinan terbabit juga tidak dilangsungkan.



“Malah, saya tiada sebarang rancangan untuk mengadakan kenduri arwh ataupun doa selamat.

“Persiapan perkahwinan pun sudah pun dibatalkan, malah tiada yang perlu dilakukan lagi.

“Sekarang, kami mahu berehat seketika kerana sudah 20 hari bersama Allahyarham ketika menerima rawatan,” katanya dalam nada tenang ketika ditemui di Kampung Tebengau di sini, petang tadi.



Bagi datuk saudaranya, Mohd Shukor Osman, 53 tahun, segala persiapan perkahwinan Muhammad Adib bersama pasangannya, Nurul Najihah Mohd Rodzi, 25, ditangguhkan sejak dimasukkan ke hospital.

“Malah, segala kelengkapan yang digunakan untuk kenduri kahwin sepupu arwah yang berlangsung hari ini (semalam) seperti khemah, kerusi meja juga yang sepatutnya dihantar esok (hari ini) bagi persiapan juga sudah dibatalkan.

“Kami semua redha pemergian Allahyarham dan biarlah beliau bersemadi dengan aman sebagai syahid,” katanya.

Sementara itu, tunang Adib, Nurul Najihah, dalam nada sedih dan marah mempertikaikan pihak yang menyebarkan kad perkahwinan mereka.

“Entah siapalah yang sebarkan kad perkahwinan kami,” katanya sebelum berlalu pergi dengan diiringi anggota bomba wanita.

Terdahulu, lebih 1,000 penduduk kampung termasuk keluarga dan serta anggota dan pegawai bomba hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib sejak jam 7 pagi.

Jenazah Muhammad Adib diterbangkan menggunakan helikopter MI17-IV JBPM dan tiba padang Sekolah Kebangsaan Kampung Tebengau, di sini, 10.35 pagi, selepas penerbangan yang memakan masa dua jam itu.

Dalam penerbangan itu, jenzah Allahyarham ditemani ibu bapa dan tunangnya dari Pangkalan Udara Subang, Selangor jam 7.55 pagi selepas menjalani bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Jenzah yang diuruskan mengikut istiadat kebombaan di mana seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian seragam lengkap bersongkok mengiringi jenazah sehingga ke rumah ibu bapanya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini terlebih dulu untuk penghormatan terakhir.

Solat jenzah diimamkan Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang, manakala bacaan talkin disempurnakan Imam masjid, Zainuddin Hassan dan dibantu Timbalan Pengerusi masjid, Abdul Wahab Chik.

Sebelum ini media melaporkan, Muhammad Adib yang parah dipkul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, disahkan mennggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang perusuh susulan insiden rsuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

Sumber : edisimedia .com



Sumber Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat


Demikianlah Artikel Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat

Sekianlah artikel Tiada Sebarang Kenduri, Kami Cuma Mahu Berehat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: