“Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah”

“Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah” - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah”
link : “Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah”

Baca juga


“Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah”



Menyusukan bayi sendiri merupakan perasaan yang paling diingini oleh setiap ibu. Hal ini kerana dapat membekalkan sumber susu badan yang sangat tinggi nutrisinya kepada anak-anak sudah pastinya dapat membantu dalam perkembangan sihat si manja.

Namun, bukan semua ibu dapat ‘rezeki’ dari Allah untuk merasai pengalaman menyusukan anak dengan sendiri dan terpaksa melalui saat sukar untuk menyusukan anak. Oleh itu, jom kita baca perkongsian pengalaman si ibu ini mengenai keadaannya yang pernah mengalami kesukaran menyusu badan.

SUSU SIKIT ATAU SUSU TAK ADA LEPAS BERSALIN



Walaupun anak dah masuk 4 orang tapi inilah masalah Aimi setiap kali beranak. Dan Aimi bukan jenis yang lepas beranak je susu terus keluar. Pasal susu pun ibu boleh jadi murung tau. Tapi nak share pengalaman Aimi nak menyusukan hero latest ni sebab dia yang paling mencabar sekali.

Lepas bersalin baby Zikri, as expected memang susu tak keluar. Tapi still buat skin to skin, ajar baby latch dan initiate stimulation. Alhamdulillah baby pandai latch sendiri. 3 orang anak sebelum ni at least kalau Aimi marmet nampak titik-titik susu keluar. Tapi kali ni langsung takde. Panik okay. Tapi pujuk diri susu ada tu cuma tak keluar lagi.

Lepas baby direct feed, Aimi pump untuk tambah lagi rangsangan. Lepas 3-4 hari nampak lah ada titik susu keluar dari satu mata. Okay it’s a progress. After a week rutin df dan pump, barulah susu yang menitik satu-satu tu nampak banyak sikit. Tapi still setitik-setitik. Kalau anak-anak sebelum ni at least masuk seminggu tu dah boleh breastfeed dengan agak lancar.

Masa ni serius Aimi mula panic and stress dah. Rasa nak menangis tapi tahan dan kuatkan semangat je. Baby pun lagi banyak susu botol dari susu badan. After a week Aimi continue je rutin df dan pump tu tapi nak start kumpul EBM dan bagi baby minum ikut botol. Sebab bila baby df, dia malas nak hisap lama-lama sebab susu keluar setitik-setitik je kan. Letih lah dia.

POWER PUMPING SEJAM BARU DAPAT SUSU SEDIKIT



So bila time feeding tu Aimi bagi baby direct feed untuk stimulate. Then Aimi pump. Buat POWER PUMPING SEJAM kot baru lah dapat dalam 1/2oz ke 1oz. Bagi baby minum through botol. Serius penat giler. Baby kuning so kena susukan every 2 hours. Nak susukan baby pun kadang setengah jam. Pastu sambung power pumping sejam. Kadang boleh rest 15-20 minit je dah kena susukan baby and pump balik. Tapi at least baby dah more on breastmilk dari susu formula.

Dah lah penat tak cukup tidur, almost setiap hari pulak kena ulang alik KK check kuning. Doktor pulak setiap kali jumpa mesti kata “susu mama tak cukup ni, kena top up ya”. Mau tak stres dengar kan. Yes doc meant well tapi Aimi yang dah exhausted doing the best that I can so that baby still boleh minum breastmilk tu, hati dah rapuh kalah ranting tua. Tinggal nak snap je. Serius badan kata give up je tapi hati kata keep fighting.

Hari ke-13 baby warded NICU pulak sebab viral infection. There was one time baby menangis non-stop sampai lah nurse datang dan bagi dia susu formula guna syringe baru dia stop dan tidur. Padahal sebelum tu dah few times Aimi direct feed dia. Nurse tanya susu dah kering ke. And I couldn’t answer sebab mata ni dah bertakung air tinggal nak mengalir je.

Malam tu kena tinggal baby dekat NICU. Sebelum balik masuk jenguk dia tengok dia dah duduk bawah lampu. Condition dia masa tu dengan oxygen line semua nampak dia suddenly lemah. Rasa hiba sangat tengok dia. On the way balik dalam kereta Aimi senyap je. Tengah tahan perasaan. Husband perasan. Dia pegang tangan Aimi and cakap InshaAllah baby okay.

“CUKUPKAN KEPERLUAN SUSU ANAKKU…”



Sambil menangis I said to him “he needs my milk. Kalau susu banyak takpe jugak. Ni susu pun macam takde. How am I supposed to help him to get better”. Sepanjang dalam kereta Aimi doa dalam hati mintak Allah kesian lah dekat baby. Cukupkan keperluan susu dia. Let me help him to get better. Dah lah rasa fail to protect him from getting sick in the 1st place, then tak boleh bagi susu cukup pulak kan.

Sampai rumah dekat pukul 1 pagi. Ikut hati nak tidur je sebab dah penat sangat. Tapi gigihkan diri buat jugak power pumping fikir esok boleh bagi EBM dekat baby. Sambil pump sambil tengok gambar baby dalam phone. Masa pump tu memang meleleh air mata tau. That time I felt so powerless and helpless. Lemah sangat.

I prayed to Him. Aimi cakap Aimi sedar susu tu rezeki Allah bagi untuk baby. Bukan Aimi yang hasilkan susu tu tapi Allah yang bagi untuk baby through my body. I can only usaha tapi susu ada hanya dengan izin Allah. Please jaga my baby for me. Hadirkan rezeki susu untuk baby. Izinkan Aimi dapat susukan baby and help him to get better. Nak simpan EBM tu tengok dapat 4oz. Ehhh???? Tak pernah dapat banyak tu. Biasa paling banyak pun 2oz.



The next morning Aimi bangun buat lagi power pumping. Masa ni dah nekad sikit banyak dapat janji ada untuk baby. Takat mana mampu bagi Aimi bagi je. But to my surprise hasil power pumping pagi tu Aimi dapat 6oz. Sampai NICU pagi tu tengok baby jaga. Angkat dia dan direct feed. Aimi nangis but definitely a happy tear. Subhanallah rasa beza sangat. I can feel that ‘let down reflex’ or some called ‘milk ejection reflex’. Baby pun sampai tersedak-sedak nak telan susu.

Lepas df baby, as usual Aimi pump. And to my surprise again dapat collect 5oz EBM. I was stunned. 5oz lepas dah direct feed baby. Aimi nangis sebab happy sangat. Since then Alhamdulillah proses penyusuan Alif Zikri start lancar. Kerap jugak Aimi kena pump sepanjang dalam wad NICU dengan dia lepas baby df sebab breast still bengkak.

Aimi tak tahu setakat mana rezeki Zikri tapi as a mom, Aimi akan terus usaha sedaya mungkin. Selebihnya biar Allah tentukan sebab susu tu bukan milik Aimi tapi rezeki milik Allah untuk baby. To my fellow bf mommies here are some tips Aimi boleh share based on pengalaman 4x susu tak keluar or keluar sikit lepas bersalin.

TIPS UNTUK IBU YANG KURANG SUSU BREASTFEED



1. Teruskan direct feed baby every 2 hours tak kira sesikit mana pun susu keluar. The point is kita nak kena stimulate dan rangsang production susu. Takde rangsangan terbaik melainkan hisapan baby.

2. Lepas baby direct feed kalau dia still lapar bagi je susu botol. Ni memang contradict dengan ajaran mana-mana LC or geng hardcore bf. Tapi kalau dah baby menangis lapar kita pun stress kan. Kesian jugak dekat baby. Bukan bagi banyak pun. Just top up supaya baby kenyang dan boleh tidur. Biasa 1/2 oz pun tak habis minum.

3. Baby dah relax dah tidur, mommy sambung pump. Kita nak increase stimulation. Nak bagi badan kita faham “my baby needs more milk so aku kena produce lagi banyak”. Dan pump untuk stimulate ni tak perlu suction tinggi. Nanti luka pulak nipple tu. Low to medium suction je. Just nak stimulate.

5. Kuatkan semangat dan think positif. Allah akan jaga rezeki baby. Bukan kita yang mampu breastfeed anak atau tak tapi Allah yang bagi izin. Aimi set mind baby takde dosa, Allah sayang baby jadi Allah akan bagi rezeki susu tu pada baby. Ibu je kena usaha keluarkan susu tu.

6. Teruskan rutin df dan pump (stimulation) sampai susu dah lancar, dah cukup untuk baby dan dah tak perlu top up formula.

– Bila decide nak top up formula pun jangan view sebagai jalan keluar. Some LC or hardcore bf sangat against bagi formula sebab nanti terus susu takde. Memang betul kalau ibu jadikan sebagai jalan keluar untuk masalah susu kurang or takde. Tapi as for me, Aimi jadikan sebagai temporary solution. Baby tak lapar, Aimi tak stress dan boleh keep on stimulate my body untuk increase milk production.

-Aimi start proses breastfeeding baby Zikri ni dengan expectation yang rendah je. Sebab ikut pengalaman 3 orang sebelum ni, Aimi rasa makin tambah anak makin kurang susu. Tapi Aimi salah.

-Allah yang bagi rezeki susu tu. Kita rasa kita boleh susukan baby. Tapi kita lupa Allah yang jaga rezeki baby. Baby takde dosa. Allah pelihara baby dan izinkan kita ada susu untuk keperluan baby. Kita ingat kita yang mampu susukan baby.

-Dalam satu malam Allah boleh limpahkan nikmat susu untuk baby. Susu tu ada cuma Allah nak tengok sejauh mana kita usaha dan sekuat mana kebergantungan kita pada Dia.

And I think it’s not fair kata ibu gagal susukan anak sebab takde ilmu. Anak no 3 dulu aimi pergi kelas, seminar dan beli buku pasal bf tapi still mampu susukan sampai 10 bulan je. Dan jangan bangga kalau dapat breastfeed baby. Sebab within overnight jugak Allah boleh tarik nikmat tu. Why? Sebab susu tu rezeki Allah bagi. So anytime Dia boleh tarik.

When it comes to breastfeeding, setiap orang ada masalah masing-masing, setiap orang ada had kemampuan sendiri, setiap orang ada kekuatan dan semangat tersendiri, paling penting, semua atas izin Allah. Semua milik Dia. Let us not judge but support and encourage each other.

Sumber : Aimi Nawi via siraplimau

Sumber “Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah”


Demikianlah Artikel “Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah”

Sekianlah artikel “Tolonglah jangan Terlampau Bangga Dapat Breastfeed Bayi, Itu Semua Rezeki Dari Allah” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: