Judul : 'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas
link : 'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas
'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas
Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat di sini semasa pengkebumian jenazah tiga beradik yang lemas dalam tragedi di Pantai Sura, Dungun, Terengganu.
Jenazah tiga beradik itu, Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sufia Zawawi, 8, dan Nurain Sasabila Zawawi,5, selamat disemadikan dalam satu liang lahat pada jam 6.55 petang.
Terdahulu jenazah tiga beradik itu tiba di Kampung Rahmat pada jam 6.15 petang dan kemudian disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Lebih 300 sanak-saudara termasuk penduduk kampung hadir ke pengkebumian tersebut.
Solat jenazah diimamkan Adun Gual Periok, Datuk Muhammad Awang.
Semalam, tiga beradik ini lemas selepas ditelan ombak besar ketika bermain di Pantai Teluk Lipat, Dungun.
3 beradik selamat dikebumikan
“Sebaik tiba dari Hatyai, Thailand, kelmarin, tiga cucu berebut memberi kekacang kepada saya dan mereka tidak putus memberi ciuman di pipi serta bersalaman.
“Ia menjadi kenangan terakhir kerana tiga beradik itu sangat rapat dan sering melawat saya serta neneknya,” kata Wahab Mat Adam, 80, datuk kepada tiga beradik yang lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu, hari ini.
Wahab berkata, lima beranak itu singgah di rumahnya di Kampung Batu Lapan, Nilam Puri, Kota Bharu untuk memberi buah tangan yang dibeli di Hatyai.
Katanya, sebelum azan Maghrib, anaknya, Zawawi Wahab, 42, menantu, Nur Syahida Abdullah, 36, dan tiga cucu masing-masing, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, pulang ke rumah mereka di Kampung Pangkal Pisang, Peringat.
Wahab berkata, tiga cucunya itu sangat peramah dan tidak menunjukkan sikap pelik.
Katanya, beliau mengetahui kejadian yang menimpa tiga cucunya jam 8 malam semalam selepas dimaklumkan seorang cucunya.
“Pakcik tidak pergi ke Dungun kerana menghidap sakit jantung dan menunggu di rumah. Saya reda dengan kejadian ini dan berharap anak serta menantu tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.
Terdahulu, tiga beradik berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang jam 6.55 petang, hari ini.
Jenazah mereka tiba di Masjid Mukim Kampung Rahmat pada jam 6.15 petang diiringi ibu bapa dan ahli keluarga dari Hospital Dungun, Terengganu.
Jenazah mereka kemudian disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 300 orang termasuk ibu bapa, ahli keluarga dan penduduk kampung.
Ibu tiga kanak-kanak itu hampir pengsan sebaik melihat tiga jenazah anaknya masuk ke dalam liang.
Sementara itu, sepupu mangsa, Ahmad Syafiq Abdul Aziz, 23, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur di rumah inap di depan Pantai Sura.
“Ibu saudara mengejutkan saya dan memaklumkan tiga sepupu ditarik ombak. Tanpa berlengah saya berlari dan terjun ke pantai.
“Saya mencuba sebanyak tiga kali termasuk menggunakan pelampung, namun ditolak ombak naik ke atas. Saya dapat lihat tiga sepupu itu berada di tengah-tengah laut,” katanya.
Perkarangan Masjid Mukim Kampung Rahmat, di sini sunyi sepi sebaik sahaja Zawawi Wahab, bapa kepada tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Terengganu mengucup jenazah anak-anaknya satu persatu sebelum upacara pengebumian diteruskan petang ini.
Tiada kata-kata mampu diluahkan si bapa yang berusia 42 tahun ketika itu, namun kucupan lama serta penuh kasih sayang yang disusuli air mata hiba seolah-olah menitipkan pesanan terakhir, 'bersemadilah dengan tenang anak-anakku'.
Jenazah tiga beradik, Nurain Fatma Zawawi, 10; Nurain Sufia, 8, serta Nurain Sasabila,5, selama tiba di Kampung Rahmat pada pukul 6.15 petang ini dan selamat disemadikan bersama dalam satu liang lahad pada pukul 6.55 petang.
Kira-kira 300 sanak-saudara dan penduduk setempat hadir menyaksikan pengebumian serta memberi penghormatan terakhir kepada mereka bertiga.
Terdahulu, solat jenazah tiga beradik berkenaan diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Datuk Muhammad Awang bersama orang ramai.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang semalam, ketiga-tiga mangsa dilaporkan lemas dan dihanyutkan arus setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir Pantai Sura.
Mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi ini, lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.
Sementara kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai orang awam terdampar di pesisir pantai kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE
Sumber 'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas
Demikianlah Artikel 'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas
Sekianlah artikel 'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.