Sejarah Kod Bar

Sejarah Kod Bar - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sejarah Kod Bar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sejarah Kod Bar
link : Sejarah Kod Bar

Baca juga


Sejarah Kod Bar

Pada lewat tahun 1940-an, seorang pelajar lepasan ijazah bernama Bernard Silver menerima khabar mengatakan bahawa Drexel Institute of Technology, tempat di mana beliau menuntut pengajian telah menolak permintaan dari seorang presiden rangkaian kedai makanan untuk membangunkan sebuah cara bagi mengumpul serta merekodkan informasi produk secara automatik ketika pembayaran dibuat di kaunter.

Institut itu dikatakan tidak berminat akan idea tersebut. Tetapi Silver nampak potensi di sebalik idea ini dan memberitahu rakan pelajar bernama Norman Woodland. Bersama-sama, mereka mula membuat penyelidikan terhadap konsep itu.

Idea pertama mereka adalah menggunakan corak-corak yang dihasilkan dengan dakwat pendarfluor (fluorescent), yang akan bersinar di bawah cahaya UV. Namun idea ini terbukti tidak praktikal dan sangat mahal untuk diaplikasikan.

Seterusnya, Woodland mendapat idea akan sebuah label berdasarkan prinsip kod Morse, kecuali sedikit berbeza iaitu selain daripada menggunakan titik dan sempang, beliau mencadangkan untuk menggunakan garisan palang tebal dan nipis yang boleh dibaca menggunakan mesin pengimbas (scanner).

Idea yang dicadangkan Woodland ini sangat hampir dengan kod bar yang kita gunakan pada zaman moden ini. Tetapi, Woodland dan Silver masih ingin melakukan penambahbaikan kerana berpendapat bahawa garisan-garisan tersebut berkemungkinan sukar untuk diimbas.

Kemudian pada tahun 1949, mereka memfailkan paten kepada kod data di dalam bentuk bulatan, yang bermaksud mesin pengimbas tersebut tidak perlu dipegang secara selari bagi mengimbas kod itu.

*Mesin pengimbas moden, telah menyelesaikan masalah ini dengan mengimbas beberapa arah sekali secara serentak.

Apabila sudah dibangunkan kod untuk diimbas, kini tiba masa untuk membangunkan sebuah mesin pengimbas pula.

Mereka mula membuat sebuah mesin pengimbas prototaip. Namun mesin prototaip tersebut membuatkan kod itu terbakar semasa pengimbasan. Walau bagaimanapun, ini membuktikan bahawa mesin tersebut berfungsi, tetapi mereka sedar ia masih memerlukan pelbagai penambahbaikan.

Pada masa ini, Woodland sudah bekerja di sebuah syarikat gergasi IBM. IBM telah membuat tawaran sebanyak dua kali untuk membeli hak kepada paten mereka. Akhirnya IBM dikecewakan, apabila hak paten tersebut dibeli oleh syarikat Philco pada tahun 1962. Dan Philco bertindak menjualnya semula kepada sebuah syarikat lain iaitu RCA Corporation.

*Silver meninggal dunia pada tahun 1963, berumur 38 tahun.

Walau bagaimanapun, IBM merupakan syarikat yang pertama untuk memasarkan kod praktikal dan sistem pengimbas. Masih bekerja dengan IBM pada tahun 1970-an, Woodland bersama-sama George Laurer membangunkan kod 12 digit sofistikated yang kini dikenali sebagai Kod Produk Universal @ Universal Product Code yang penggunaannya diberi lampu hijau pada tahun 1973.

Tahun berikutnya menyaksikan sebuah paket gula-gula getah berjenama Wrigley’s menjadi item komersial pertama dijual menggunakan kod bar, apabila jualannya telah diproses di Marsh Supermarket yang terletak di pekan Troy, negeri Ohio, Amerika Syarikat pada jam 8.01 pagi, tarikh 26 Jun 1974.

Tahun 1992, Woodland dianugerahkan pingat America’s National Medal of Technology.



Demikianlah Artikel Sejarah Kod Bar

Sekianlah artikel Sejarah Kod Bar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: