Judul :
link :
Dalam banyak cabang bisnes mungkin ada antara anda yang lebih tertarik untuk terlibat dengan perniagaan perkongsian.
Berniaga sendirian dengan bersama rakan kongsi ada perbezaannya. Dengan berkongsi lebih banyak tenaga, idea mahupun modal yang dapat digabungkan bersama. Partnership mampu memberikan banyak kelebihan tetapi juga mampu mendatangkan risiko jika tidak diurus selia dengan baik.
Entri kali ini akan membimbing anda perkara asas yang perlu didalami sebelum memilih untuk melakukan perniagaan perkongsian.
Perjanjian atau hitam putih yang dipersetujui dan ditandantangani adalah suatu kemestian di dalam bisnes perkongsiaan. Elemen perjanjian ini penting untuk dijadikan panduan yang jelas dalam pengurusan perniagaan.
Di samping itu, kegunaan perjanjian ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pihak-pihak yang terlibat jika kelak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti perpecahan antara rakan kongsi. Dalam situasi inilah hitam putih ini akan menjadi pemutusan keputusan.
Segala perbincangan, janji-janji, rundingan dan persetujuan haruslah dicatatkan dalam bentuk bertulis. Jangan bergantung kepada cakap-cakap mulut sahaja kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.
Bahagikan keuntungan yang diperoleh daripada bisnes sebagaimana yang telah dipersetujui. Namun, jika tiada persetujuan keuntungan haruslah dibahagi sama rata antara rakan kongsi tanpa mengira modal yang dikeluarkan. Disebabkan itulah lebih baik tetapkan satu nilai pembahagian keuntungan agar tidak timbul rasa tidak puas hati kelak.
Bagaimana jika berdepan dengan konflik di mana rakan kongsi minta pemulangan duit selepas perpecahan?
Duit tidak perlu dipulangkan semula. Apabila sudah melabur dalam bisnes masing-masing rakan kongsi terdedah kepada risiko untung dan rugi. Jika bisnes untung masing-masing merasa. Jika rugi sama-sama tanggung. Tidak adil untuk minta dipulangkan modal semula kerana kerugian tidak boleh ditanggung satu pihak sahaja. Partnership adalah satu perkongsiaan adil, sama rata dan saksama.
Sudah nama pun berkongsi jadi pemilikan ke atas bisnes itu juga adalah perkongsian di antara rakan kongsi yang perlu menerima kuasa pemilikan secara sama rata.
Namun jika telah termaktub dan dipersetujui di dalam perjanjian mungkin akan berlaku perubahan pada pemilikan bisnes. Misalnya pihak yang melabur lebih banyak bakal mendapat kuasa pemilikan yang setimpal. Semuanya bergantung kepada keputusan dan rundingan yang telah dibuat.
Semua rakan kongsi mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam urusan bisnes. Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan semua orang perlu berusaha ke arah itu. Aktiviti perniagaan harus dilakukan secara bekerjasama sesama rakan kongsi.
Delegasi tugas perlu diamalkan dalam kalangan rakan kongsi. Lebih banyak idea, energi lebih cepat bisnes berkembang maju.
Tiada siapapun yang berhak untuk memecat atau membuang rakan kongsi yang lain. Segalanya harus mengikut hitam putih yang telah dibuat. Penyingkiran rakan kongsi hanya terpakai kepada kes-kes tertentu yang dianggap rumit seperti etika atau disiplin.
Sebaliknya jika rakan kongsi dan anda mula berbeza haluan dan mindset langkah perpecahan boleh diambil sebagai jalan penyelesaian. Anda bermula dengan baik, akhirinya juga suatu momen yang baik.
Adakah penting dalam menilai kualiti seseorang itu sebelum memilih mereka menjadi rakan kongsi untuk memulakan bisnes? Cukupkah sekadar kita mengenali dan mempercayai mereka dalam membangunkan bisnes yang baru nak bertapak? LIhat artikel terdahulu di sini.
Sebelum anda memutuskan untuk memulakan perniagaan perkongsian penting untuk ada ilmu dan kemahiran menguruskan bisnes secara berkongsi. Jika lakukan bisnes sendirian berhad mungkin andalah pembuat keputusan mutlak, namun sebaliknya bagi partnership. Pastikan anda dan rakan kongsi berkongsi pemikiran dan haluan yang sama bagi mencapai satu misi yang sama.
Sumber