Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita

Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita
link : Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita

Baca juga


Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita

Trigger warning buat SJW, artikel ini membedah karya yang mempunyai perkara pokok yang sensitif dan bukan untuk bacaan kanak-kanak bawah 18 tahun.

Claymore merupakan satu siri fantasi gelap atau dark fantasy karya Norihiro Yagi. Siri ini telah diadaptasikan menjadi manga dan juga anime. Claymore jika dibuat rumusan sekilas ia boleh diibaratkan sama sahaja seperti siri-siri genre fantasi gelap dari Jepun seperti Beserk dan yang terbaru sekali tentunya Goblin Slayer, jika siri-siri tersebut ditulis oleh penulis yang menghormati wanita. Dan juga ibarat jika Berserk ditulis oleh seorang individu yang sihat tubuh badan dan reti perhabis jalan cerita dengan lengkap tanpa hiatus yang berpanjangan.

Seolah sudah menjadi norma dalam siri-siri dari genre fantasi gelap untuk memaparkan kekejaman yang melampaui batas terhadap makhluk hidup dan khususnya kepada wanita. Perbuatan rogol, bunuh dan seksaan mental terhadap wanita itu perkara-perkara biasa yang kita akan temui dalam genre fantasi gelap. Claymore juga tidak dapat lari dari norma tersebut. Secara umumnya pembaca siri fantasi gelap tidak membaca genre ini untuk mencari tema persahabatan yang popular dalam genre Shonen (untuk remaja lelaki) atau juga tema cinta yang popular dari genre Shoujo (untuk remaja perempuan).

Apa yang pembaca genre fantasi gelap mahukan ialah tema kekejaman dunia sebenar serta kesan kekejaman tersebut terhadap mental manusia. Peminat genre ini mahukan falsafah berat dalam jalan cerita ataupun dalam bahasa kurang ajarnya jalan cerita yang lebih “tajam” atau edgy. Boleh dikatakan genre fantasi gelap lebih rapat dengan demografi Seinen (untuk lelaki dewasa) yang sudah mempunyai kemampuan mental untuk memahami jalan cerita yang sedemikian dan bukannya untuk kanak-kanak.

Terdapat satu perbezaan yang ketara antara Claymore dan siri-siri fantasi gelap yang lain. Golongan wanita di dalam Claymore biarpun ditindas dan diperlakukan dengan kejam, mereka tidak berdiam diri dan lantas meletakkan diri mereka sebagai watak utama dan menentang semula kekejaman dan penindasan tersebut. Biarpun penentangan ini tidaklah begitu ekstrem ala-ala siri filem I spit on your grave ianya tetap ada dan wujud.

Sinopsis ringkas berkenaan Claymore. Latar belakang siri Claymore menggunakan latar ibarat zaman gelap Eropah. Claymore dalam siri ini merujuk kepada nama gelaran sekumpulan wanita yang membunuh makhluk-makhluk seperti syaitan yang dipanggil Yoma. Claymore dipanggil sedemikian rupa kerana senjata utama mereka ialah sebuah pedang besar (yang dipanggil claymore dalam Bahasa Inggeris).

Yoma mempunyai kebolehan untuk berubah bentuk badan untuk menyamar sebagai manusia dan kebolehan ini digunakan oleh Yoma untuk menyusup masuk ke dalam penempatan manusia. Kumpulan Claymore ini pula dihasilkan melalui eksperimen dan diuruskan oleh sebuah organisasi yang tidak bernama dan hanya dipanggil sebagai “the organisation” sahaja. Dunia dalam siri Claymore dibahagian kepada 47 kawasan dan setiap kawasan mempunyai sekurangnya seorang Claymore yang menjaga kawasan tersebut.

Kuasa Claymore dan juga Yoma boleh dikatakan berasal dari sumber kuasa yang sama yang digelar sebagai Yoki. Yoki jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan seorang Claymore bertukar menjadi seperti Yoma bertaraf tinggi yang digelar awaken being ataupun makhluk yang dibangkitkan. Seperti siri fantasi gelap lain kebangkitan ini juga dikaitkan dengan unsur kehendak seksual. Disebabkan lelaki dikatakan mempunyai kehendak seksual yang jauh lebih tinggi dari wanita mereka lebih cenderung untuk bertukar menjadi awaken being.

Ini menyebabkan penghasilan Claymore lelaki dihentikan dan hanya wanita sahaja yang dibenarkan menjadi Claymore. Namun demikian dalam waktu tertentu wanita juga boleh bertukar menjadi awaken being lebih-lebih lagi apabila mereka mencapai tahap kematangan seksual secara mental dan fizikal. Oleh itu adalah normal apabila seorang Claymore merasakan diri mereka bakal “dibangkitkan” mereka akan menghantar satu notis berupa kad berwarna hitam kepada Claymore lain agar diri mereka dapat dibunuh dan dihalang dari bangkit.

Atas pengaruh kuasa Yoki rupa fizikal seorang Claymore mengalami perubahan mendadak. Mata mereka bertukar warna dan rambut mereka menjadi warna pucat biarpun belum mencapai tahap uban. Perubahan fizikal yang paling ketara ialah badan mereka mempunyai belahan dari bahagian dada hingga paras pusat mereka.

Belahan ini hanya dijahit dengan benang dawai dan tidak boleh sembuh selama-lamanya biarpun Claymore mempunyai kemampuan untuk sembuh dengan cepat dari luka badan. Atas-atas sebab ini Claymore juga turut digelar Silver Eyes Witches dan mereka amat ditakuti oleh masyarakat sekitar yang tidak mengangap Claymore sebagai manusia lagi.

Siri ini memberi fokus kepada seorang Claymore bernama Clare. Siri ini bermula dengan tindakan Clare menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Raki dari seekor Yoma yang telah memakan ahli keluarga Raki. Raki kemudiannya di pulau oleh penduduk kampungnya yang risau jika Raki juga seekor Yoma. Raki yang telah kehilangan tempat bergantung sekadar berjalan tanpa arah tuju dan mengekori Clare yang ketikan itu sedang meninggalkan kampung tersebut biarpun Clare cuba menghalang Raki.

Siri ini kemudiannya mengikuti perkembangan hubungan Clare dan Raki dalam tempoh Raki membesar yang mana Clare bertindak ibarat seorang ibu yang cuba melindungi Raki sewaktu Raki masih kanak-kanak, bertindak ibarat seorang kakak sewaktu Raki mula mencapai alam remaja, dan akhir sekali hubungan cinta antara Clare dan Raki setelah Raki dewasa.

Hubungan Raki dan Clare agak unik dimana ianya seolah berlaku secara terbalik sejajar dengan perkembangan tumbesaran Raki. Dalam tempoh ini juga Clare mula menyedari tentang realiti sebenarnya dunia yang didiaminya, asal usul Claymore dan Yoma dan juga peranan sebenar “the organisation”.

Sekiranya usia kamu sudah mencecah 18 tahun siri Claymore ini satu siri fantasi gelap yang harus kamu cuba baca lebih-lebih lagi jika kamu peminat siri Berserk dan Goblin Slayer. Berbeza dengan Berserk yang kerap hiatus dan Goblin Slayer yang belum tamat, siri Claymore telah pun tamat dengan jalan cerita yang lengkap pada tahun 2014. Sebuah animasi juga telah dihasilkan oleh studio madhouse. Amaran namun, lumrah alami kebanyakan siri animasi hasil studio Madhouse… tiada musim kedua. Baca manganya jika ingin jalan cerita penuh.



Demikianlah Artikel Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita

Sekianlah artikel Claymore: Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: