- Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul :
link :

Baca juga


Duit duit di mana kau duit?

Duit duit

Duit duit, hutangku membukit!

Duit duit…

Ramai orang pandai buat duit tapi tak ramai yang bijak dalam menguruskan duit. Inilah masalah yang sudah sebati dengan mereka yang bergelar usahawan. Contohnya sales padu, stok habis tapi duit untungnya lesap entah ke mana? Pelik, sampaikan ada yang rasa duit berniaga habis kena rompak. Ya, anda sendirilah yang rompak akaun syarikat sampai kering! Itu pun jika tak ada ilmu uruskan kewangan syarikat dengan tepat.

Objektif berniaga untuk kita ada duit dan lebih selesa. Tapi kita hanya akan dapat penat sajalah jika uruskan duit dengan tunggang langgang. Jadi, artikel kali ni memfokuskan kepada senarai semak bagaimana anda boleh menguruskan duit perniagaan secara lebih bersistem.

#1 Rekod dan Pendokumentasian Kewangan.

Mula mendisiplinkan diri untuk merekod segala rekod kewangan perniagaan anda terhadap semua aktiviti yang dijalankan. Rekodkan perbelanjaan, penjualan dan semua aktiviti kewangan yang terlibat.

Bagaimana nak buat?

Mudah. Bermula dengan simpan semua resit perbelanjaan yang telah anda gunakan. Orang berniaga bukan simpan resit berbakul-bakul tanpa tujuan. Bila anda simpan dan kumpulkan resit dalam bentuk filing kelak lebih memudahkan proses penyemakan.

Rekod kewangan yang didokumentasikan akan lebih terlihat kemas, tersusun, bersistem dan mudah untuk rujukan.

2# Pembahagian Duit.

Bukan semua keuntungan boleh dibelanjakan sesuka hati kerana bukan semua duit itu milik kita selaku pemilik bisnes. Bahagikan semua duit atau keuntungan yang diperolehi mengikut kategori yang tersendiri. Ada duit yang boleh kita belanjakan untuk diri sendiri tapi keutamaannya pastilah terhadap perniagaan.

Untuk lebih berdisiplin menjaga duit dan keuntungan letakkannya di ‘tabung’ yang berbeza. Bila duit dicampuradukkan inilah yang buat kita guna duit tak tentu hala. Seeloknya bukalah akaun syarikat agar dapat diasingkan dengan simpanan peribadi.

Jangan tanya kenapa keuntungan banyak, tapi hujung bulan akaun kosong kalau anda sendiri yang melahap duit perniagaan seorang diri!

#3 Pembayaran Cukai & Zakat.

Sila bayar cukai, tunaikan zakat dan jangan lari!

Daripada sudut pematuhan akta dan undang-undang pembayaran cukai adalah suatu etika di dalam perniagaan. Para peniaga dinasihatkan untuk tidak bersangka buruk dengan kutipan cukai. Jika anda ada ilmu tentang pengurusan cukai pasti dapat melihat impak positif pembayaran cukai. Cukai adalah dari anda untuk dikembalikan kepada anda semula. Misalnya, cukai yang anda bayar itulah kelak untuk dibangunkan ekonomi dan sosial negara.

Bagi sudut kerohanian pula, tunaikanlah zakat daripada perniagaan anda agar mendapat lebih keberkatan dan rahmat. InsyaAllah.

4# Mengupah Golongan Profesional.

Bagi memudahkan proses menguruskan kewangan syarikat buatlah pelaburan untuk melantik golongan professional dalam bidang kewangan seperti akauntan atau eksekutif ekonomi. Individu inilah yang boleh membantu anda untuk membuat satu kerangka kewangan untuk rujukan.

Jika saiz perniagaan anda masih kecil tidak perlulah untuk melantik akauntan berpengalaman. Cukup jika mereka boleh dijadikan sumber luar untuk membuat tugasan berkenaan.

Dapatlah dirumuskan bahawa selain pandai berniaga, hebat dapatkan duit, peniaga juga harus bijak bertindak dalam menguruskan kewangan perniagaan. Setiap satu not duit itu bernilai jadi hargainya dengan baik. Jangan jadi peniaga yang merompak bisnes dan mentekedarah duit senyap-senyap!



Sumber


Demikianlah Artikel

Sekianlah artikel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: