Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba?

Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba?
link : Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba?

Baca juga


Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba?

Ke hadapan kekandaku Dr Mujahid Yusof Rawa, adinda di sini antara yang dicuit hati ketika membaca warkah penuh romantis kekanda kepada adinda Nurul Izzah dari bumi Cordoba. Warkah tersebut telah menarik sekelumit perhatian adinda untuk mencoretkan sebuah lagi warkah, tetapi ditujukan kepada kekanda menteri agama sendiri. Mohonlah dihayati seperca pintal minda adinda ini untuk sama-sama kita mengambil pengajaran.

Kekanda sebagai menteri agama apabila menjejak kaki ke bumi Andalusia, seharusnya yang dikenang bukanlah seorang janda rupawan sambil mengarang ayat-ayat puitis yang kemudian mendatangkan 1000 cerca kepada batang tubuh kekanda, lalu membuka pintu fitnah yang lain. Di bumi Cordoba itu, yang seharusnya bikin kekanda tidak tidur malam ialah mengenangkan betapa beratus tahun yang lalu, di bumi itulah pernah berdiri sebuah tamadun agung selama 800 tahun yang lalu di bumi sana. Seharusnya warkah sebagai menteri agama di bumi Cordoba kepada umat Islam di Malaysia, mengajak kami untuk mengulangi kegemilangan yang dilakukan oleh saudara seagama kami di bumi Cordoba.

Kekanda, di Cordoba, kita seharusnya mengenangkan keagungan tamadun Islam melahirkan ahli falsafah agung, ulama yang tak tertanding, saintis terbilang dan muslim sejati. Kenanglah nama Ibn Rusyd yang dikenali sebagai ahli falsafah paling agung yang pernah lahir dalam Tamadun Islam, sehinggakan buah fikirnya mencetuskan zaman rasionalisme di Eropah, membawa Eropah keluar dari zaman kegelapan yang melanda mereka sebaik sahaja runtuh dua jantung peradaban mereka iaitu Yunani dan Rom. Kenanglah perbahasan teragung antara Ibn Rusyd-Imam Ghazali-Ibn Sina dalam sejarah, atau bagaimana Averroes ialah nama kedua terbesar dalam dunia akademik Barat selepas Aristotle.

Atau mungkin kekanda harus mengarang buah pena mengenangkan kehebatan yang dimiliki oleh Perpustakaan Diraja Cordoba. Perpustakaan ini dibina oleh Khalifah Amir Abdul Rahman II pada zaman awal pemerintahannya ini dikatakan mempunyai kira-kira 400 – 600 ribu buah naskah buku di dalamnya dari segala bidang. Seorang rahib dari Jerman mengatakan bahawa Cordoba ketika itu ialah “mutiara dunia” yang bermaksud kerana ketika dia sampai ke sana, kota itu mempunyai 70 buah perpustakaan besar bersama 3000 buah masjid yang dibina di serata tempat. Dikatakan bahawa tiada mana-mana kota Kristian pada waktu itu mempunyai perpustakaan seagung umat Islam seperti mana di Cordoba, apatah lagi mahu dibandingkan dengan Darul Hikmah di Baghdad.

Atau kenanglah kewujudan Universiti Cordoba yang tidak pernah memberi diskriminasi kepada siapa penuntutnya, sehingga menarik perhatian seluruh Eropah. Hanya dua universiti di dunia ketika itu yang mampu menandingi kehebatan Cordoba iaitu Universiti Al-Azhar di Mesir dan Universiti Nizamiyah di Baghdad. Ketiga-tiga universiti agung ini ialah di bawah empayar umat Islam dan ia setaraf seperti Oxford, Havard dan juga Cambridge seperti hari ini.

Adalah sangat sayu melihatkan bagaimana kekanda tidak menggunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan kami dengan para ulama yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, memberikan pencerahan laksana pelangi kepada umat Islam di Malaysia. Bidang-bidang seperti Fiqh, Tassawuf, Hadith semuanya dibincangkan dengan penuh ilmiah oleh para pewaris nabi ini. Malang sekali laungan nama al-Khusanni, Abu Ayman, Ibn Hazim, Isa ibn Dinar, Ibn Abd Badr tenggelam dalam warkah menteri agama untuk seorang janda rupawan.

Andalusia menyaksikan kebanyakan perkara pertama di dunia. Daripada orang pertama yang mencuba untuk terbang, atau kawah pertama di bulan yang dinamakan atas nama seorang sarjana daripadanya iaitu Ibn Firas, kepada jambatan pertama di dunia dan novel falsafah pertama di dunia yang dikarang oleh Ibn Tufail.

Lebih menyedihkan Eropah dan Barat lebih tahu untuk megenangkan keagungan Andalusia berbanding menteri agama sendiri. Tanyalah kepada Leornado Fibonacci of Pisa yang telah menulis buku Liber aba’ci yang menjadi asas kepada ahli matematik di Eropah atau pakar matematik terkenal dari Vienna iaityu George Purbach tidak akan mampu menempah nama dalam sejarah kalau tidak kerana belajar di Andalusia sendiri atau merujuk kepada karya-karya agung ahli matematik umat Islam seperti Ibn-Al-Zarqiyali.

Bidang perubatan meraih zaman kemuncaknya di Andalusia. Abu al-Qassim Khalaf bin Abbas Al-Zahrawi telah menghasilkan sebuah ensiklopedia perubatan yang lengkap yang dinamakan sebagai Kitab-Al-Tasrif manakala antara peraturan am paling awal, atau kod etika dan undang-undang awal telah dibincangkan oleh Ibn Rusyd (melalui kitabnya al-Kuliyyat fi Al-Tabib) dan Ibn Hazim dalam bidang perubatan. Etika yang dilihat pada doktor-doktor hari ini salah satu pencadangnya ialah Ibn Hazim mencadangkan agar seorang doktor mestilah berambut kemas, memotong kuku dengan pendek dan berpakaian bersih.

Para ilmuwan Islam di Sepanyol dicatatkan telah mencipta banyak alat astronomi terkenal dan antaranya ialah astrolab. Karya-karya karangan Abi Ma’syar dan Khuwarizm diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh sarjana Eropah seperti Aderald of Bath dan John Of Seville. Nama agung dalam bidang astronomi terlalu ramai. Misalnya, Janir Ibn Affah dikatakan telah berjaya membuat cerapan terhadap Planet Musytari dan Zuhal. Al-Zaqarli dicatatkan telah menciptakan alat-alat astronomi yang sangat tepat seperti jam air yang mampu menentukan waktu sepanjang hari dan meramalkan gerhana bulan. Bukunya yang bertajuk Book Of Table telah dipelajari di seluruh Eropah.

Tokoh agung dalam bidang sains kimia turut lahir di peradaban Islam di Andalusia. Siapa tidak kenal dengan nama Geber atau nama bahasa arabnya Jabir yang menemui asid sulfrik, asid nitric dan asid nitro muriatik. Abbas bin Firnas pula telah menemui cara menghasilkan kaca daripada Kristal, bahkan dicatatkan bahawa mampu menghasilkan guruh dan kilat rekaan di dalam makmalnya.

Kalau sempat kekanda menteri agama berada di Al-Hambra, hadaplah pandangan pada sebuah istana agung umat Islam yang dibina di Granada. Tataplah istana yang pernah menjadi perbualan dunia suatu masa dahulu. Seni binanya sunggguh indah memukau mata sesiapa yang menjejakkan kaki ke dalamnya dengan lebih 10,000 hiasan kaligrafi di pahat pada setiap inci istana Al-Hambra.

Al-Hambra juga terkenal dengan kewujudan taman-taman botani yang terdapat di dalam kompleks istana. Taman ini dikatakan mempunyai pelbagai spesies tumbuhan yang di bawa dari kawasan luar Granada. Tumbuhan di dalam taman ini dijadikan bahan kajian para ilmuwan Islam yang bertugas di istana. Taman Singa ialah taman botani yang sangat terkenal di dalamnya dan namanya diambil daripada rekaan air pancutan di bahagian tengah taman yang dihiasi dengan ukiran 12 singa.

Ketika runtuhnya penguasaan umat Islam di bumi Sepanyol, kita menyaksikan bagaimana Muhammad XII menangis persis anak kecil sebelum ditegur oleh ibunya janganlah kau menangis seperti wanita untuk sesuatu yang kau tidak mampu pertahankan seperti seorang lelaki dewasa. Tahukah kekanda menteri apakah yang menyebabkan seluruh keagungan ini diragut dari tangan umat Islam selepas 800 tahun mekar mewangi di bumi Sepanyol?

Antara faktornya betapa tegarnya umat Islam bekerjasama dengan para harbi demi kuasa. Gabenor Daerah Balansiah (Valencia), Abu Zaid ketika berdepan dengan rakyatnya yang memberontak, telah memalingkan wajahnya kepada Raja Kristian Choinawi untuk membantu menghapuskan pemberontakan tersebut. Akibatnya, Abu Zaid terpaksa memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar jizyah tahunan kepadanya. Atau kenanglah ketika Muhammad XII telah meminta bantuan kepada Ferdinand dan Isabella untuk mendapatkan semula haknya ke atas Granada dari pakciknya.

Ternyata, bantuan daripada dua pemerintah Kristian ini ada harganya. Muhammad XII bersetuju untuk menjadikan Granada sebagai kerajaan jajahan di bawah Ferdinand dan Isabella, raja dan permaisuri dari Castille dan Aragon, dan tidak mahu campur tangan dengan menghalang penaklukan Kristian ke atas Málaga. Kerjasama dengan para harbi tidak pernah memberi manfaat kepada umat Islam, lagi-lagi melawan saudara sendiri.

Tentunya ini tidak akan berlaku kalau umat Islam memilih untuk berpecah daripada bersatu. Pada zaman kejatuhan akibat perpecahan dan persengketaan sesama sendiri, umat Islam menyaksikan terdapat 20 puak yang memerintah Andalusia sesama mereka. Dari pemerhatian adinda, ternyata kekanda bersama umat Islam dalam kerajaan hari ini tidak pernah belajar dari kesilapan ini, lantas menyaksikan Malaysia Baru ini ialah pentas menghapuskan hak pribumi dan umat Islam. Perpecahan umat Melayu Islam di Malaysia kepada parti-parti politik telah membenarkan harbi mempermainkan kedudukan kita sebagai ruling class di Malaysia.

Tahukah kekanda bahawa sejarah di Corodba mengajar kita kalau kita terus mengulangi kesilapan nenek moyang kita, ternyata kita akan menerima nasib yang sama seperti mereka. Dalam 100 tahun sahaja selepas kejatuhan Islam di Andalusia, populasi muslim dari 500, 000 di sana menjadi kosong. Padahal di zaman kemuncaknya, kita menyaksikan lebih 5 juta nyawa orang Islam. Bumi Sepanyol seolah-olah tidak pernah menyaksikan kewujudan sebuah tamadun Islam di sana. Kata sejarawan, kalaulah Andalusia dan Baghdad tidak jatuh lebih awal, manusia mungkin sudah sampai ke bulan beratus tahun lebih awal…

Umat Kristian pernah menghantar perisik mereka ke Andalusia untuk memastikan sama ada kita mampu ditundukkan atau tidak pada ketika itu. Pada peristiwa pertama, mereka melihat seorang pemuda Islam yang menangis kerana tidak mampu memanah beberapa ekor burung dengan anak panahnya. Lantas mereka katakan bahawa umat ini masih belum mampu ditundukkan.

Pada peristiwa kedua, mereka melihat bagaimana si pemuda menangis, namun kali ini kerana kehilangan cinta wanita. Lantas kata si perisik Kristian, detik kejatuhan Islam sudah tiba. Hari ini di Cordoba, seperti mana pemuda Islam yang dijumpai oleh orang Kristian itu yang menangis kerana kehilangan buah hatinya, kekanda menteri agama mengenangkan seorang wanita bukan mahram dengan bercanda adinda kanda dalam sebuah warkah yang membuka pintu bagi 1000 fitnah di mata rakyat jelata.

Sangat sedih, warkah dari Cordoba, tetapi jika sejarah Cordoba tidak dikenang, ia akan jadi sejarah sekali lagi….



Demikianlah Artikel Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba?

Sekianlah artikel Warkah Terbuka Untuk Menteri Agama: Apa Yang Patut Dikenang Di Cordoba? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: