Judul : "Saya Terharu Sangat Apabila Kekasih Sudi Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya" - Ruhainies
link : "Saya Terharu Sangat Apabila Kekasih Sudi Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya" - Ruhainies
"Saya Terharu Sangat Apabila Kekasih Sudi Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya" - Ruhainies
Pernah menolak cinta kekasih, Mr E dulu, namun hati Ruhainies mula terbuka dengan keteguhan agama kekasih apabila beliau membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit di set pengambaran tempoh hari.
“Akhirnya Tuhan menunaikan doa saya apabila dipertemukan dengan lelaki yang membuatkan saya jatuh cinta dan bersedia untuk berkahwin. Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati serta keteguhan agama”
“Saya bertambah yakin dengan keikhlasan Mr E apabila melihatnya membaca Surah Yasin setiap hari, selama dua minggu, ketika saya jatuh sakit sewaktu menjalani penggambaran program travelog baru-baru ini”
Bagaimanapun Ruhainies berasa terluka apabila netizen mendakwa beliau mengejar lelaki berharta sedangkan beliau tidak pernah menunjukkan kekayaan Mr E biarpun dirinya mengetahui status kekasihnya yang sebenar.
“Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh. Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya membuat spekulasi”
“Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E. Hati saya hanya terbuka untuk mengenalinya dengan lebih rapat apabila melihat kesungguhannya,” jelasnya. (rtky/w)
Artikel berkaitan
“Kalau Jodoh Mat Despatch Pun, Ruhainies Akan Cinta Seikhlas Hati”
Tidak lagi berahsia mengenai status hubungannya bersama kekasih, baru-baru ini pelakon cantik Ruhainies mendedahkan dia sudah menerima lamaran Mr. E yang juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menetap di London.
Rata-rata peminatnya gembira mendengar perkhabaran tersebut, namun masih ada segelintir netizen mengatakan Ruhainies memilih jejaka tersebut hanya kerana harta dan kekayaannya.
Bagaimanapun, kekasihnya yang menggunakan akaun Instagram bernama Elffjohan membalas komen negatif dari netizen itu dengan mengatakan soal hati tidak ada kena mengena dengan pekerjaan dan rupa paras seseorang.
Mr. E juga menyatakan, jika dijodohkan dengan lelaki yang berkerja sebagai mat despatch sekalipun, Ruhainies akan tetap mencintai lelaki tersebut dengan seikhlas hati. Ujarnya lagi, Ruhainies mencintainya kerana dirinya dan bukan kerana harta.
Dalam masa sama, Ruhainies turut membalas komen tersebut dengan mengatakan dia menerima sesiapa pun jika itu adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah.
Sumber : Rotikaya
Sumber "Saya Terharu Sangat Apabila Kekasih Sudi Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya" - Ruhainies
Demikianlah Artikel "Saya Terharu Sangat Apabila Kekasih Sudi Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya" - Ruhainies
Sekianlah artikel "Saya Terharu Sangat Apabila Kekasih Sudi Bacakan Surah Yasin Setiap Hari Untuk Saya" - Ruhainies kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.