Judul : Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dah tak berhijab, Wanita Ini Galak Wanita Melayu Supaya Kembali ‘Free Hair
link : Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dah tak berhijab, Wanita Ini Galak Wanita Melayu Supaya Kembali ‘Free Hair
Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dah tak berhijab, Wanita Ini Galak Wanita Melayu Supaya Kembali ‘Free Hair
Memakai tudung atau hijab merupakan sebahagian daripada kewajipan menutup aurat ke atas setiap wanita Muslim.
Walaupun ianya wajib, masih ada golongan di luar sana yang enggan mengikuti perintah Allah dan Rasul itu.
Malah, seorang wanita dengan bangga mengajak wanita-wanita lain untuk mengikut jejak langkahnya membuka tudung dengan alasan kebebasan dan hak asasi.
Wanita yang dikenali sebagai Diandujor itu berkongsi di Twitter tentang pandangan dan pengalamannya mengenai Dehijabing (membuka tudung).
Diandujor berkata, jika ada yang menggalakkan untuk memakai tudung, sudah pasti ada yang menggalakkan untuk membuka tudung.
Dia turut berkongsi tweet daripada wanita lain yang merasa terbeban untuk memakai tudung.
Ustazah selalu tanya, mana tudung?
Diandujor telah berkongsi satu mesej dari seorang wanita yang bekerja di Singapura, mengakui dirinya memakai tudung sejak berusia 11 tahun selepas dipaksa oleh ustazah di sekolahnya. Apabila meningkat dewasa, dia telah membuat keputusan untuk membuka tudung dan bebas.
Kawan dan keluarga tak tahu buka tudung
Menurut individu tersebut tiada seorang pun rakan dan keluarganya yang mengetahui dirinya membuka tudung kerana mereka seorang Islam yang konservertif dan dia tidak tahu apakah reaksi ahli keluarganya jika mengetahui dia membuka tudung.
Nak sangat tanggal tudung
Sejak zaman universiti wanita berkenaan berperang dengan perasaannya untuk membuka tudung, namun kerana memikirkan penerimaan keluarganya akhirnya dia hanya menyimpan hasrat itu. Namun akhirnya dia tidak memakai tudung sejak bekerja di Singapura.
Ramai gadis DM wanita ini
Dalam bebenang yang dikongsikan wanita ini, ramai gadis yang berkongsi pengalaman dan hasrat mereka untuk tidak memakai tudung. Ada yang memakai tudung disebabkan keluarga dan ada juga yang berasa terpaksa disebabkan sistem pendidikan di Malaysia.
Saya suka isteri tak pakai tudung
Namun ada satu bebenang yang menarik perhatian, tentang luahan seorang suami yang tidak membenarkan isterinya memakai tudung. Dahulunya isterinya memakai tudung, tetapi apabila berkahwin dia menyuruh isterinya menanggalkan tudung.
Kalau tak pakai tudung, jangan ajak orang lain
Sejak wanita ini memuat naik statusnya di Twitter, netizen mula menyerang akaun Twitter wanita ini kerana dia dilihat sengaja menggalakkan wanita lain untuk tidak memakai tudung. Dalam balasan Tweet daripada netizen, wanita ini bersikap angkuh apabila tidak mengendahkan nasihat daripada netizen yang menyuruhnya berhenti mempengaruhi orang lain untuk menanggalkan tudung.
Free thinker
Sumber : Twitter Diandujjour via utusanislam
Sumber Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dah tak berhijab, Wanita Ini Galak Wanita Melayu Supaya Kembali ‘Free Hair
Demikianlah Artikel Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dah tak berhijab, Wanita Ini Galak Wanita Melayu Supaya Kembali ‘Free Hair
Sekianlah artikel Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dah tak berhijab, Wanita Ini Galak Wanita Melayu Supaya Kembali ‘Free Hair kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.