Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu

Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu
link : Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu

Baca juga


Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu

Menurut Kamus Edisi Keempat, “Kurik” adalah bermaksud “Bintik-bintik” manakala “Kundi” adalah sejenis saga yang digunakan untuk menimbang emas. Jadi, “Kurik Kundi” bermaksud “Bintik-bintik yang terdapat pada sejenis saga yang digunakan untuk menimbang emas”. Dalam bidang hiburan, “Kurik Kundi” adalah sebuah lagu yang mula dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza pada tahun 2002. Lagu sepanjang 5 minit 54 saat itu telah digubah oleh Pak Ngah, di mana penulis liriknya adalah Nurul Asyiqin. Kurik Kundi adalah antara lagu dalam album Sanggar Mustika.

Secara umumnya, Siti Nurhaliza telah menampilkan tujuh (7) loghat bahasa Melayu dalam lagu ini. Loghat tersebut adalah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak di mana bahasa Melayu baku dijadikan sebagai pembuka dan penutup lagu. Mesej yang ingin disampaikan adalah, bahasa Melayu mempunyai banyak loghat. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara di Nusantara turut mempunyai loghat bahasanya yang tersendiri. Malah loghat-loghat negeri di Malaysia boleh ditemui di negara jirannya, Indonesia.

Antara rangkap senikata yang terdapat dalam lagu Kurik Kundi adalah “Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan, Nak berkisar kaya tutur bicara, Kalau tinggi untung jadi bintang, Oh… oh… oh…, Kalau rendah masih jadi intan.” Rangkap tersebut adalah dalam bahasa Melayu baku. Mesej dalam rangkap ini adalah tradisi asli orang Melayu mempunyai budi pekerti yang tinggi di sebalik banyak perbualan. Akhlak kita yang paling rendah tetap dianggap tinggi oleh orang lain.

Selain itu, “Teratak mahligai bak dipayung teduhnya, Bila budi melingkar anak asuhan, Adat yang lama berbudi berbahasa, Akar kehidupannya..” Rangkap ini juga adalah dalam bahasa Melayu baku. Mesej dalam rangkap ini adalah, Melayu asli mempunyai adat tradisinya yang tersendiri. Adat tradisi yang berbudi bahasa adalah akar kepada kehidupan orangnya.

“Hang dok pi hang dok mai, Lagu tu lagu mana, Pi sini pi sana depa menghela sakan, Awatlah dok kalut megah condong ke barat, Mai kita… Pakat tarik ramai-ramai, Biar ke timur condongnya,..”. Rangkap ini adalah dalam loghat Pulau Pinang dan Kedah. Mesej dalam rangkap ini ditujukan kepada semua orang terutamanya anak muda yang lebih mengagungkan budaya luar berbanding budaya asal-usulnya. Pada masa kini, budaya luar telah menjadi darah daging kepada sebahagian besar anak muda. Budaya luar sedikit sebanyak telah melunturkan semangat jati diri mereka. Rangkap ini ditutup dengan permintaan semua pihak agar dapat mengajarkan anak muda tentang budaya aslinya.

“Ada…O…ada E…, Bunyinya tidaklah serupa, Erti tidak berbeza, Betui yong betui sungguh, Betui ape di kate…”. Rangkap ini adalah dalam loghat Perak. Mesej dalam rangkap ini adalah mengenai loghat. Di Perak, terdapat dua (2) dua loghat iaitu “E” dan “O”. Sebagai contoh, kuale (Kuala) dan memikio (Berfikir?). Walaupun loghat Perak mempunyai bunyi yang berbeza, namun isi maknanya tetap sama.

“Teghtek teghning oghe kito, Hok tu keno jago, Jange sapa berlete kale, Luar napok come…jange dale, habih kuca lembe…” Rangkap ini adalah dalam loghat Kelantan. Mesej dalam rangkap ini adalah kita perlulah tata tertib orang kita iaitu orang Melayu. Kita perlulah berusaha mempertahankan tata tertib tersebut daripada kucar-kacir.

 “Selembut madah begitu taghi, Sek ada sakit ghasa di hati, Kame` nyambut madah tuan hulurkan, Kita` nyambut madah kame` hulurkan”. Rangkap ini adalah dalam loghat Sarawak. Mesej dalam rangkap ini adalah, kita tetap menolong orang lain dalam kesusahan walaupun kita sendiri dalam keadaan susah. Tujuan hidup kita adalah untuk memudahkan orang lain dalam melakukan urusan.

Akhir sekali, “Yang kurik tu kundi yang merah tu saga, Baik budi indahlah bahasa, Oh… oh… oh…, Pantun lama tinggi kiasannya..”. Rangkap ini adalah dalam bahasa Melayu baku. Mesej dalam rangkap ini adalah, Melayu tradisional mempunyai kiasannya yang tinggi. Tidak semua pihak mampu mentafsir kiasan tersebut dengan tepat. Kiasan kata-kata digunakan dalam perbualan agar pihak lain tidak berkecil hati.

Kesimpulannya, banyak pesanan yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Kita perlulah menghayati pesanan tersebut agar kita disegani dan dihormati oleh orang lain.  Pada pendapat anda, apakah mesej lain yang ingin disampaikan dalam lagu ini? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 



Demikianlah Artikel Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu

Sekianlah artikel Kurik Kundi – Mesej Yang Ingin Disampaikan Melalui Lagu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: