Judul : "Jangan sampai kami orang melayu amuk seluruh negara" - Perkasa
link : "Jangan sampai kami orang melayu amuk seluruh negara" - Perkasa
"Jangan sampai kami orang melayu amuk seluruh negara" - Perkasa
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memberi amaran keras terhadap pihak yang menurut mereka memperkotak-katikkan maruah orang Melayu.
Amaran itu dinyatakan presidennya Ibrahim Ali dalam Himpunan Jihad Perkasa di Kuala Lumpur hari ini yang disertai kira-kira 300 hadirin.
"Zaman retorik, bersyarah sudah berakhir. Bagi Perkasa, kesabaran Melayu sudah berakhir. Hari ini hanya mesej pusingan pertama.
"Selepas ini kami tidak akan berdiam diri lagi. Kalau perlu Perkasa akan mengamuk di seluruh Malaysia," katanya ketika berucap di himpunan itu.
Himpunan itu diadakn bagi menyatakan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) serta mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar meletakkan jawatan.
Sumber : Malaysiakini
Himpunan 8 Dis: Adakah ia sembah derhaka?
Mufti Kelantan, Mohammad Shukri Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Dis ini tidak perlu diadakan.
Beliau menyatakan begitu kerana kerajaan Malaysia menegaskan bahawa Icerd tidak akan diluluskan, dan perhimpunan yang dicadangkan itu boleh mengundang suasana serta perkara yang tidak diingini.
Ia adalah demi keselamatan dan ketenteraman awam.
Ramai sedia maklum rakyat Islam dan Melayu menghormati dan mematuhi kenyataan mufti sebagai pandangan yang rasmi dan sah.
Pandangan ini sangat-sangat dipegang kuat dalam masyarakat tradisi yang konservatif terutamanya yang sebahagian besar orang Islam dan Melayu di Kelantan dan Terengganu.
Pada masa sama semua sultan dan raja Melayu ialah ketua agama Islam. Mufti pula duduk di bawah sultan atau raja sebagai penasihat rasmi utama.
Beberapa hari selepas kenyataan mufti Kelantan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah mengeluarkan kenyataan yang kelihatan selari dengan semangat tentang perlunya menjaga keamanan dan ketenteraman awam.
Mufti dilantik sultan
Baginda bertitah supaya tidak "menyalakan puntung kebencian dan pemusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini."
Semasa berucap di Universiti Sultan Azlan Shah, baginda juga menyebut ada ahli politik yang bersifat berdendam.
Ini adalah pandangan-pandangan yang bernas serta nasihat yang bijaksana daripada baginda iaitu tokoh terpelajar dan memiliki pendidikan tinggi.
Sementara itu Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan membantah Icerd akan diteruskan juga.
Ia juga bertentangan dengan semangat dan roh titah Sultan Nazrin yang menggesa supaya situasi yang boleh menimbulkan pergeseran agama dan bangsa mesti dielakkan.
Bukankah parti Mohd Amar - PAS - sendiri ingin menjunjung kepimpinan ulama? Justeru nasihat mufti Kelantan sebagai ulama tertinggi negeri yang dilantik oleh sultan sepatutnya mesti dipatuhi.
Bukankah Mohd Amar juga menyatakan mereka berhimpun membantah Icerd kerana kononnya hendak menghormati sultan dan raja Melayu?
Sudah disahkan tak diterima
Kenapakah titah dan saranan bijaksana Sultan Nazrin tidak diendahkan?
Adakah kata-kata mereka untuk menghormati raja-raja dan ulama itu hanya permainan politik untuk mencari pengaruh? Rakyat tentu inginkan jawapan kepada ini semua.
Ada juga pimpinan tertinggi PAS - misalnya presiden parti itu sendiri - menyatakan himpunan membantah Icerd adalah untuk "mengajar menteri" kerajaan PH hari ini.
Kenapakah ia tidak dilakukan semasa BN memerintah apabila isu wang Tabung Haji dilaporkan diseleweng?
Adakah himpunan membantah Icerd - yang kerajaan telah sahkan tidak akan diterima - benar-benar untuk mendaulatkan dan menjaga raja dan agama?
Kalau jawapannya ya, kenapa pandangan Raja Nazrin dan mufti Kelantan tidak dihormati dan ditolak begitu sahaja?
Apakah agenda di sebalik perancangan pakatan halus ini yang boleh mengugat keamanan negara tidak sampai tujuh bulan PH memerintah?
Apa motifnya mereka sebenarnya?
Icerd ditolak kononnya untuk memelihara kedaulatan raja dan memelihara kedudukan Islam.
Namun, tindakan penolakan pandangan mufti dan titah Raja Nazrin oleh PAS dan Umno menunjukkan pendirian mereka adalah di sebaliknya.
Adakah ini sembah derhaka kepada titah timbalan Yang di-Pertuan Agong dan tindakan terang-terangan mengingkari nasihat mufti yang dilantik sultan?
Adakah perhimpunan membantah Icerd itu sebenarnya hanyalah untuk kelangsungan hubungan kerjasama PAS dan Umno?
RAJA BAHRIN SHAH ialah pemimpin Amanah, timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, juga senator dari Terengganu
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Sumber "Jangan sampai kami orang melayu amuk seluruh negara" - Perkasa
Demikianlah Artikel "Jangan sampai kami orang melayu amuk seluruh negara" - Perkasa
Sekianlah artikel "Jangan sampai kami orang melayu amuk seluruh negara" - Perkasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.