Judul : “Elok Sangatlah Letak Jawatan, Perdana Menteri Paling Tak Berguna Dan Gagal Dalam Sejarah Malaysia..” – Tun Faisal Kecam Tun Mahathir
link : “Elok Sangatlah Letak Jawatan, Perdana Menteri Paling Tak Berguna Dan Gagal Dalam Sejarah Malaysia..” – Tun Faisal Kecam Tun Mahathir
“Elok Sangatlah Letak Jawatan, Perdana Menteri Paling Tak Berguna Dan Gagal Dalam Sejarah Malaysia..” – Tun Faisal Kecam Tun Mahathir
Netizen memuat naik video Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Twitter yang menunjukkan beliau memandu di pusat bandar raya Kuala Lumpur untuk melihat sendiri keadaan ibu kota selepas perhimpunan anti-ICERD.
Bagaimanapun, tampil pemimpin UMNO Tun Faisal, mengkritik Tun Mahathir dengan biadab dan kurang ajar.
“Elok letak jawatan. PM paling tak berguna dan gagal. Ekonomi Malaysia dan kehidupan rakyat makin teruk dari sehari ke sehari. Harga barang tak turun-turun,” tulisnya.
Berang dengan tweet biadab itu, netizen mengecam Tun Faisal yang didakwa cemburu dan tidak profesional selain memalukan diri dan parti UMNO.
“Pemikir profesional ye. Selepas pulun berfikir sampai membangsatkan parti sendiri pun masih tak sedar diri lagi?” sindir @anbas5155.
“Kalau UMNO dan BN terbaik, kenapa kalah PRU14?” soal @seth7979.
“Zaman BN dulu cepat je barang naik. Minyak pula boleh dikatakan setiap minggu naik turun. Ini zaman PH kira okaylah minyak maintain saja. Barang pun ok je, senang cerita stabil la,” kata @Nurlisaaaa1.
Sumber: @firdyfire via The Reporter
Artikel lain
Orang Melayu Kena Berlari Lebih Laju – Dr. Mahathir
SHAH ALAM 8 Dis. – Orang Melayu dan bumiputera perlu ‘berlari’ lebih laju dengan memanfaatkan sepenuhnya bantuan serta sokongan yang diberikan kerajaan bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan di negara sendiri.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu perlu merasa malu dengan hakikat mereka sebenarnya miskin dan sepatutnya berusaha lebih 10 kali ganda bagi menyaingi kaum lain, bukannya memilih meninggalkan bandar.
Tegasnya, kerajaan pada setiap masa akan berusaha memberikan peluang yang lebih kepada orang Melayu dan bumiputera, tetapi jika perkara itu tidak dimanfaatkan sebaiknya, kaum majoriti tersebut harus menyalahkan diri sendiri.
“Kita mungkin tidak suka dan boleh nafi tetapi hakikatnya orang Melayu miskin dan kini semakin keluar dari bandar. Kalau orang asing boleh jadi kaya dan menguasai ekonomi tidak malukah kita ketinggalan di negara sendiri? Salah siapa?
“Apakah orang melayu bodoh? Tidak Melayu pintar dan cekap tetapi kalau tidak dimanfaat, tak guna. Kalau kita tahu ketinggalan, kita patutnya berlari lebih laju, berusaha lebih keras, bekerja lebih kuat untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain.
“Saya tidak tahu orang lain tetapi saya malu kenapa bangsa saya masih ketinggalan dan miskin,” katanya ketika berucap dalam majlis Himpunan Mahasiswa, Graduan dan Profesional Muda Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini malam ini.
Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan mahasiswa, Perdana Menteri berkata, orang Melayu dan bumiputera perlu dibantu serta diberikan peluang yang lebih berbanding kaum lain kerana jika tidak meraka akan terus ketinggalan.
“Kita tidak mahu bandar hanya dikuasai satu kaum sahaja dengan orang Melayu sekadar menetap di luar bandar, sebab itu kita kena terus bantu, orang Melayu masih memerlukan handicap,” jelasnya
Sumber: Utusan Online
Sumber “Elok Sangatlah Letak Jawatan, Perdana Menteri Paling Tak Berguna Dan Gagal Dalam Sejarah Malaysia..” – Tun Faisal Kecam Tun Mahathir
Demikianlah Artikel “Elok Sangatlah Letak Jawatan, Perdana Menteri Paling Tak Berguna Dan Gagal Dalam Sejarah Malaysia..” – Tun Faisal Kecam Tun Mahathir
Sekianlah artikel “Elok Sangatlah Letak Jawatan, Perdana Menteri Paling Tak Berguna Dan Gagal Dalam Sejarah Malaysia..” – Tun Faisal Kecam Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.