Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap'

Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap'
link : Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap'

Baca juga


Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap'



Malaikat Tidak Melakukan Kesilapan
================
1. Dalam aqidah Islam, jumhur ulama’ menegaskan bahawa para Malaikat itu tidak melakukan kesilapan. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Qadi Iyyad dan Al-Imam al-Suyuti. Mereka berhujah dengan dua ayat daripada al-Quran (Surah al-Tahrim: 6 dan Surah al-Anbiya’: 27) yang menggambarkan sifat Malaikat itu menerima arahan dan tidak melakukan kesilapan.

2. Said Sabiq pula memetik hadith dari Sahih al-Bukhari yang menyatakan:

إِذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ، كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ

Maksudnya: “Apabila Allah menetapkan suatu arahan di langit, para malaikat mengibas-ngibaskan sayapnya, kerana patuh akan arahan tersebut, firman yang didengarnya itu bagaikan gemerincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata. (Perkara ini memekakkan mereka (sehingga jatuh pengsan kerana ketakutan). Mereka patuh pada arahan Allah, melakukan apa yang diarahkan kepada mereka.

3. Menurut Sheikh Hasan Ayyub, pendapat yang menyatakan tentang kesempurnaan Malaikat ini adalah pandangan yang lahir dari kesepakatan jumhur ulama berdasarkan dalil dari Quran dan Sunnah. (Said Sabiq, Aqidah Islamiyyah, 1/114, Hassan Ayyub, Tabsit, 1/186)

4. al-Imam al-Suyuti juga menggunakan ayat pertama dari Surah Fatir yang menyifatkan Malaikat sebagai utusan (Rasul), dan utusan Allah tidak mungkin melakukan kesilapan. (Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).



5. Namun menurut al-Imam al-Qurtubi pula, terdapat juga mereka yang berpandangan bahawa Malaikat melakukan kesilapan. Mereka memetik pandangan dari ahli kitab (dikalangan Yahudi dan Kristian) berhubung kisah Harut dan Marut. Kisah ahli kitab ini sangat ganjil apabila mereka menggambarkan Malaikat tersebut telah meminum arak, menyembah berhala dan membunuh bayi.

6. Atas dasar itu itu, pandangan ini ditolak keras oleh sarjana Muslim termasuklah al-Imam al-Qurtubi, Ibn Kathir dan Sheikh Atiyyah Saqar. Menurut mereka, sandaran hujah Israiliyyat (kisah yang datang dari Bani Israel) yang dibawa oleh mereka ini disifatkan sebagai daif (lemah) bahkan bertentangan dengan al-Quran dan usul aqidah Islam. (Tafsir al-Qurtubi, 2/52, Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).

7. Adalah sangat jelas menurut al-Quran, para Malaikat itu disifatkan sebagai makhluk yang sangat taat pada Allah serta tidak melakukan kesilapan dan dosa.



8. Sekiranya Malaikat melakukan kesilapan, barangkali nyawa orang lain yang di ambilnya dahulu, wahyu barangkali diutus pada orang yang salah, bahkan catatan amal juga mungkin boleh tersilap.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sumber Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap'


Demikianlah Artikel Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap'

Sekianlah artikel Dr. Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M 'Malaikat Pun Boleh Buat Silap' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: