Judul : 8 Gambar ekslusif terbaru Mazuin Hamzah bekas Isteri Pengiran Sufri yang dulu terkenal kerana kecantikannya yang memukau ..
link : 8 Gambar ekslusif terbaru Mazuin Hamzah bekas Isteri Pengiran Sufri yang dulu terkenal kerana kecantikannya yang memukau ..
8 Gambar ekslusif terbaru Mazuin Hamzah bekas Isteri Pengiran Sufri yang dulu terkenal kerana kecantikannya yang memukau ..
Mazuin Hamzah satu ketika dahulu merupakan antara penyanyi yang popular di Malaysia. Kejelitaannya semasa muda memang memukau dan menjadi bualan ramai. Mazuin akhirnya telah berkahwin pada usia 23 tahun dengan kerabat diraja Brunei adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Kini menetap di Brunei, Mazuin Hamzah telah pun berusia 51 tahun namun tetap jelita seperti zaman kegemilangannya dahulu.
Wajah terbaru Mazuin Hamzah ini telah dirakamkan di majlis perkahwinan anak saudaranya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mazuin turut sama menghiburkan para hadirin dengan nyanyiannya. Antara rakan artis lain yang turut menyanyi bersama Mazuin ialah Salwa Abdul Rahman, Azlina Aziz dan Liza Aziz. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya
DSV teruja dapat bertemu Mazuin Hamzah
Video yang disiarkan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida di Instagram beliau mengenai pertemuannya dengan bintang terkenal pada 1980-an, Mazuin Hamzah telah mendapat lebih daripada 90,000 tontonan.
Usahawan itu menulis:
“Saper rindu Pengiran Bini Mazuin? Ingat tak lagi..Lagu ni? “
Setelah bertemu dengan penyanyi berusia 53 tahun itu di sebuah acara persahabatan di sini, Vida telah mengabadikan video mereka bersama di Instagram. Mazuin begitu terkenal dalam dunia hiburan pada tahun 1987 kemudian dia berkahwin Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan bersama Amy Mastura sebagai sepupu.
Mazuin gembira apabila Vida mengaku sebagai peminatnya dan meminta agar dia menyanyikan lagu popular Quinary M, Cinta Palsu.
Rata-rata netizen bersetuju bahawa vokal Mazuin tidak berubah sama sekali, walaupun kini sudah berusia. Netizens juga mengatakan bahawa bekas penyanyi itu tidak kelihatan seperti usianya sebenar.
Perkahwinan Diraja
Mazuin ketika mendukung anaknya, Puteri Ajeerah dan turut kelihatan Sudirman di belakang mereka. Mazuin menjadi artis wanita pertama yang diangkat kedudukannya sebagai permaisuri kepada kerabat diraja bagi antara negara paling kaya di dunia. Majlis perkahwinan mereka juga dikatakan kekal sebagai perkahwinan paling gemilang dalam kalangan artis tempatan sehingga ke hari ini.
Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.
Jurucakap bagi Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalamjuga tidak mahu mengumumkan perkara mengenai perceraian mereka kepada peminat atau wartawan kerana bersifat peribadi.
Inilah Noktah pilu Cinta Mazuin Sebelum Bercerai – Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai menantunya.
Inilah Noktah pilu Cinta Mazuin Sebelum Bercerai – Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai menantunya.
Inilah Noktah pilu Cinta Mazuin Sebelum Bercerai
Episod cinta Mazuin dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah bermula pada 10 Julai 1987. Pertemuan pertama mereka di Vila Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) telah memberi kesempatan untuk sama-sama bertentang mata.
Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi oleh Mazuin tetapi sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.
Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan beliau pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepadanya itu bertaraf lima bintang. Sebelum beliau dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri untuk mengadakan pertemuan dengan Mazuin yang ditemani ibunya, Maimon.
Di ruang pejabat Istana Nurul Hana, Sufri telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan dalam majalah URTV, Sufri terlebih dahulu bertanyakan sama ada beliau mempunyai pilihan hati sebelum meminangnya. Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai menantunya.
Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana berpendapat, pada usia 23 tahun adalah lebih baik jika Mazuin sahaja yang menentukan masa depannya. Setelah kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.
Mazuin ketika mendukung anaknya, Puteri Ajeerah dan turut kelihatan Sudirman di belakang mereka.Berita itu juga mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapatkan pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin. Cinta di antara mereka bermula selepas detik itu.
Persiapan dalam jangka masa berbulan-bulan dilakukan sehinggalah kepada majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung secara gilang-gemilang. Mereka telah dinikahkan pada 11 Disember 1987. Beliau juga pernah dikenali dengan nama “Pengiran Bini Mazuin Hamzah” selepas melangsungkan perkahwinan.
Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang diangkat kedudukannya sebagai permaisuri kepada kerabat diraja bagi antara negara paling kaya di dunia. Majlis perkahwinan mereka juga dikatakan kekal sebagai perkahwinan paling gemilang dalam kalangan artis tempatan sehingga ke hari ini.
Mereka telah memperoleh cahaya mata pertama yang bernama “Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah” pada 7 September 1988. Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkahwin sebanyak empat kali iaitu pertama –Pangiran Anak Istri Pangiran Anak Salma bt Pengiran Anak Muhammad Salleh (14.07.1971 – 1981),kedua -Dayang Hajjah Siti Ruhaizah binti Ibrahim (20.02.1982 – 1986), ketiga – Dayang Hajjah Mazuin binti Hamzah (11.02.1987 – 2003) dan akhir sekali Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato’ Hj Nasir (1999 – sekarang-ibu saudara Fazura).
Hasil daripada empat perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh puteri. Jurucakap bagi Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam juga tidak mahu mengumumkan perkara mengenai perceraian mereka kepada peminat atau wartawan kerana bersifat peribadi.
Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum beliau berkahwin dengan Sufri. Selain itu, catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lirik lagu Penjara Cinta hasil nyanyiannya sebelum berkahwin.
Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya. Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum dia menduduki takhta di istana.
Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya musim-musim indah yang pernah dilewatinya sudah berakhir. Barangkali catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lagu Penjara Cinta nyanyiannya sebelum bergelar orang istana.
Sumber – beautifulnaara
Sumber 8 Gambar ekslusif terbaru Mazuin Hamzah bekas Isteri Pengiran Sufri yang dulu terkenal kerana kecantikannya yang memukau ..
Demikianlah Artikel 8 Gambar ekslusif terbaru Mazuin Hamzah bekas Isteri Pengiran Sufri yang dulu terkenal kerana kecantikannya yang memukau ..
Sekianlah artikel 8 Gambar ekslusif terbaru Mazuin Hamzah bekas Isteri Pengiran Sufri yang dulu terkenal kerana kecantikannya yang memukau .. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.