Judul : TPM ajak rakyat bersyukur dan balas budi dengan undi Kerajaan BN di PRU14
link : TPM ajak rakyat bersyukur dan balas budi dengan undi Kerajaan BN di PRU14
TPM ajak rakyat bersyukur dan balas budi dengan undi Kerajaan BN di PRU14

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh rakyat untuk bersyukur dan membalas budi dengan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, lapor Bernama.
Beliau berkata, ini kerana hanya Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat dan memberi limpahan pembangunan selama ini.
"Tidak lama lagi raya besar nak tiba dan ketika itulah tibanya musim buah. Apabila tibanya musim buah ini ketika itu jugalah datangnya kelawar dan keluang (pembangkang) yang cuba ambil buah yang ditanam oleh orang lain.
"Bila sampai hari besar nanti, saya minta orang Kulim tolak mereka (pembangkang) dan beri sokongan kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengikut musim," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Hidup Tanpa Dadah Kulim-Bandar Baharu di Masjid Saidina Abu Bakar di sini, semalam.
Katanya, rakyat perlu sedar bahawa pembangkang hanya datang bermusim, bukannya seperti kerajaan yang sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat setiap masa.
"Mereka ini patut ditolak kerana datangnya mereka ini bermusim..ada juga yang datang lima tahun sekali untuk mencuba nasib," katanya.
Beliau berkata dalam Islam juga menyeru kerpada perpaduan agar rakyat bersatu padu dan menolak fahaman politik sempit.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN itu berkata setiap peruntukan yang disalurkan kepada rakyat selama ini adalah merupakan amanah dan bukannya dedak seperti dakwaan pembangkang.
"Bila diberi amanah kita kena serah kepada orang bawah dan orang bawah itu boleh salurkan kepada rakyat," katanya.
Sumber TPM ajak rakyat bersyukur dan balas budi dengan undi Kerajaan BN di PRU14
Demikianlah Artikel TPM ajak rakyat bersyukur dan balas budi dengan undi Kerajaan BN di PRU14
Sekianlah artikel TPM ajak rakyat bersyukur dan balas budi dengan undi Kerajaan BN di PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.