Judul : Sokongan, doa bagi semangat: Alina Hassan
link : Sokongan, doa bagi semangat: Alina Hassan
Sokongan, doa bagi semangat: Alina Hassan
KONSERT Mentor Otai membuka tirai Ahad lalu dengan menyaksikan protege Siti Sarah, Alina Hassan dinobatkan sebagai juara minggu pertama.Alina yang sebelum ini merupakan bekas juara Program Sinaran Passport kegemilangan (1996) tampil memberikan persembahan hebat menerusi lagi Samar Bayangan nyanyian Nicky Astria.
“Alhamdulillah saya menang konsert pertama Mentor Otai atas sokongan dan doa awak semua yang secara tidak langsung telah memberi semangat kepada saya dan mentor saya, Siti Sarah.
“Semoga terus sokong saya agar menang lagi di konsert-konsert seterusnya,” katanya sebaik sahaja dinobatkan sebagai juara minggu pertama.
Selain Alina, peserta lain yang turut bertanding adalah Azee (Segalanya Pasti), Ayie (Bunga Angkasa), Azran (Ku Pendam Sebuah Duka), Irwan (Mengapa Sepi Tanpa Berita), Lokman (Seksa), AJ (Benci Bilang Cinta) dan Elvira (Kris Dayanti).
Kesemua peserta diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam menerusi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Sementara 50% lagi terdiri daripada markah undian juri awam sebanyak 20% dan 30% dari undian atas talian.
Mentor Otai menampilkan empat penyanyi sebagai mentor iaitu Siti Sarah, Misha Omar, Tam Spider dan Zarul Husin.
Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein sebagai pengacara, program ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Sumber Sokongan, doa bagi semangat: Alina Hassan