Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad

Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad
link : Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad

Baca juga


Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad

Seorang pemuda suspek kes curi melarikan diri dari hospital di Temerloh malam tadi selepas berjaya membuka gari di wad. — Paparan skrin Google Seorang pemuda suspek kes curi melarikan diri dari hospital di Temerloh malam tadi selepas berjaya membuka gari di wad. — Paparan skrin Google KUANTAN, 16 Mac ― Seorang tahanan reman bagi kes curi, melarikan diri ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas) malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ibu pejabat polis kontinjen Pahang SAC Othman Nayan berkata, suspek lelaki berumur 29 tahun yang merupakan tahanan lokap ibu pejabat polis daerah (IPD) Maran sebelum itu telah mengadu sakit perut dipercayai apendiks, dibawa ke Klinik Kesihatan di Maran untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hoshah.

“Suspek yang ditahan pada 13 Mac lepas menerima rawatan di salah satu wad di hospital berkenaan dalam keadaan tangan bergari dengan dikawal oleh seorang anggota polis yang bertugas.

“Bagaimanapun ketika anggota berkenaan ke tandas, suspek telah bertindak melarikan diri selepas berjaya menanggalkan gari di tangannya dan hal itu disedari oleh seorang petugas di hospital itu sebelum bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis pada 8.40 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini

Berikutan itu, polis telah menjalankan operasi bagi mengesan suspek di hospital berkenaan dan kawasan sekitar sejak semalam.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai yang mengetahui dan ternampak individu mencurigakan supaya segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

“Saya juga ingin mengingatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang bertindak melindungi suspek daripada pihak polis kerana mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melindungi tertuduh yang lari daripada tahanan sah,” katanya.

Katanya anggota polis yang berkenaan juga kini dalam proses untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 223 kanun yang sama iaitu cuai ketika melakukan tugasan sehingga menyebabkan suspek atau OKT melarikan diri.

Sementara suspek yang berasal dari Felda Kampung Awah, Maran pula akan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis. ― Bernama



Sumber Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad


Demikianlah Artikel Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad

Sekianlah artikel Polis ke tandas, tahanan reman lari ketika di wad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: