India belasah Malaysia

India belasah Malaysia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang India belasah Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : India belasah Malaysia
link : India belasah Malaysia

Baca juga


India belasah Malaysia

IPOH: Pasukan muda India memberi tamparan hebat kepada skuad kebangsaan, apabila membenam mereka, 5-1 pada aksi hoki Piala Sultan Azlan Shah di sini sebentar tadi.

Selepas mencatat sejarah mengejutkan juara Olimpik 2016, Argentina, 2-1, semalam, pasukan India berjaya membuat Malaysia kelihatan seperti 'pasukan kebanyakan' dalam kejohanan edisi ke-27 itu.

Pada aksi dinantikan ramai ini, skuad bimbingan Stephen Van Huizen kelihatan unggul sehingga minit ke-33 apabila berjaya mengikat lawannya 1-1.

Namun selepas itu, mereka secara tiba-tiba hilang tumpuan, apabila melepaskan empat gol dalam tempoh 20 minit terakhir.

DUA pemain India cuba mengekang pergerakan pemain Malaysia, Nabil Noor (kanan) di Ipoh, sebentar tadi. - Foto Muhaizan Yahya

Pada perlawanan yang turut disaksikan oleh Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Konfederasi Hoki Asia (AHC), skuad negara berjaya memberi persembahan meyakinkan pada aksi awal.

Malaysia kerap kali berjaya memasuki kawasan gol India tetapi penyudah lemah menghalang mereka berada di depan. Fitri Saari turut memiliki peluang menyamakan kedudukan tetapi rembatannya tersasar sebelum rehat.

Terdahulu, India berada di depan pada minit ke-10 menerusi jaringan Shilanand Lakra.

Bersambung babak kedua, skuad kebangsaan terus mengasak dan usaha mereka berhasil apabila Faizal Saari menguis pantas ke dalam gawang dari pukulan sudut penalti pertama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

PEMAIN negara, Faizal Saari (dua kiri) cuba melepasi halangan pemain India. - Foto Muhaizan Yahya

Begitupun India kembali dihadapan apabila Gurjant Singh menjaringkan gol kedua melalui pukukan sudut penalti pada minit ke-43.

Kawalan longgar pemain Malaysia selepas itu membolehkan Sumit Kumar mengukuhkan kedudukan India pada minit ke-48 kepada 3-1, sebelum Ramandeep Singh menambah jaringan keempat tiga minit selepas itu.

Gurjant kemudian tampil sekali lagi untuk gol kedua peribadi perlawanan ini pada minit ke-57 bagi keputusan muktamad, 5-1.



Sumber India belasah Malaysia


Demikianlah Artikel India belasah Malaysia

Sekianlah artikel India belasah Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: