Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza

Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza
link : Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza

Baca juga


Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza

UCAPAN selamat dan titipan doa buat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal menyambut kelahiran bayi pertamanya bukan sahaja datang daripada masyarakat Malaysia, malah dari luar negara.

Antara yang tidak ketinggalan mengirimkan ucapan selamat dan tahniah adalah pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk.

Siti Nurhaliza sendiri nyata gembira dan terharu apabila personaliti terkenal itu sanggup meluangkan masa mengirimkan rakaman audio ke telefon milik suaminya, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa.

"Terharu dan dengan rasa rendah diri saya mengucapkan terima kasih di atas ingatan ulama Mufti Menk terhadap saya dan mendoakan proses saya melahirkan nanti dipermudahkan," tulis Siti yang berkongsi ucapan itu di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Dalam ucapannya, Mufti Menk mendoakan agar Siti diberi kemudahan untuk melahirkan bayi perempuannya kelak, selain turut mendoakan agar puteri yang dinantikan itu akan menjadi penyejuk hati buat Siti dan keluarga.

"Semoga Allah mengurniakan kejayaan dan kerahmatan buat bayi ini dan menggembirakan hati semua yang menyayanginya," kata Mufti Menk.

Sebelum ini beberapa selebriti serantau, antaranya Kris Dayanti dan Hetty Koes Endang serta jaguh berbasikal negara, Azizul Hasni Awang, turut menitipkan ucapan selamat untuk Siti.

Siti, 39, dijangka melahirkan anak sulungnya itu melalui prosedur pembedahan, dalam masa terdekat.



Sumber Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza


Demikianlah Artikel Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza

Sekianlah artikel Doa Mufti Menk buat Siti Nurhaliza kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.