Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis

Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis
link : Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis

Baca juga


Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis

Sotong bakar diletakkan di tengah kepingan roti, bersama salad dan sos, di gerai Burger Soto Joe Caiyaa di Batu Gajah, Perak. ― Foto ihsan Facebook/Joe CaiyaaSotong bakar diletakkan di tengah kepingan roti, bersama salad dan sos, di gerai Burger Soto Joe Caiyaa di Batu Gajah, Perak. ― Foto ihsan Facebook/Joe CaiyaaKUALA LUMPUR, 9 Mac — Bermula sekadar cuba-cuba untuk mencari menu baru, Faizal Hanifah tidak menyangka burger sotongnya di Batu Gajah menular.

Pada mulanya 2014 beliau hanya menjual burger biasa tetapi sejak burger sotongnya laris, fokus pemuda itu kini hanya pada menu tersebut.

“Saya memang peminat sotong, November 2017 saya cuba suka-suka buat burger sotong dan bagi kawan-kawan makan.

“Semua kawan-kawan cakap sedap, jadi sejak itu saya jual burger sotong,” kata Faizal, 27, kepada ProjekMMO baru-baru ini.

Sotong besar-besar dengan sos buat sendiri Joe Caiyaa yang sedang dibakar memang membuka selera peminatnya. ― Foto ihsan Facebook/Muhamad SuhailiSotong besar-besar dengan sos buat sendiri Joe Caiyaa yang sedang dibakar memang membuka selera peminatnya. ― Foto ihsan Facebook/Muhamad SuhailiMesra disapa Joe, beliau berkata bahan-bahannya sama seperti burger biasa iaitu roti, salad cincang, tomato dan sos.

Uniknya di Burger Sotong Joe Caiyaa, sotongnya diperap dengan sos sendiri.

Antara 20 hingga 30 kilogram sotong bersaiz besar habis terjual setiap hari. Burger sotong yang menjadi pilihan ramai dijual pada harga RM10.

Beritanya tersebar hujung tahun lalu, gerai ini turut menjual twister sotong (RM10), twister oblong (RM8) dan nasi sotong istimewa (RM10).

Faizal Hanifah sedang memasak burger sotongnya di depan rumahnya yang berpagar kuning di Laluan Sentang 29, Batu Gajah. ― Foto ihsan Facebook/Seladang PerakFaizal Hanifah sedang memasak burger sotongnya di depan rumahnya yang berpagar kuning di Laluan Sentang 29, Batu Gajah. ― Foto ihsan Facebook/Seladang PerakGerai dibuka di hadapan rumah Joe setiap hari dari 6.30 petang hingga stok habis terjual. Biasanya pada jam 8 atau 9 malam stok sotong habis.

Gerai burger ini di kawasan perumahan di Laluan Sentang 29, atau beberapa ratus meter dari masjid Seri Kulim di Kampung Sentang, Batu Gajah.

Cawangannya di Rapat Setia, Ipoh, sebaris pusat beli belah Yoon Foong.

Supaya tidak sesat atau ada sebarang pertanyaan, hubungi 011 360 262 53. Boleh semak Facebook: Joe Caiyya atau Burger Sotong Joe Caiya45.



Sumber Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis


Demikianlah Artikel Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis

Sekianlah artikel Burger sotong memang laris, sekejap sahaja habis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: