Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM

Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM
link : Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM

Baca juga


Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis perasmian penutup Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak, 13 Januari 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis perasmian penutup Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak, 13 Januari 2018. — Foto BernamaBAGAN DATUK, 13 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang yang tidak konsisten pendiriannya selepas menyatakan keengganannya menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Dr Mahathir membuat dakwaan menyatakan dirinya dipaksa menjadi perdana menteri hanya setelah terdapat komen-komen segelintir pihak selepas Pakatan Harapan menamakan beliau untuk jawatan itu.

“Beliau (Dr M) (sekejap) konsisten dan tidak konsisten. Apabila Pakatan Harapan mengumumkannya sebagai perdana menteri dan terdapat komen sebaliknya terhadap pencalonan beliau, maka beliau berkata beliau dipaksa.

“Saya tak nak masuk campur tentang parti orang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak di sini, hari ini.

Dr Mahathir dalam ucapannya di Johor Bahru baru-baru ini menegaskan beliau tidak mahu menjadi perdana menteri, sebaliknya diminta untuk memegang jawatan itu sekiranya pembangkang memenangi PRU14.

Beliau mendakwa sebenarnya beliau mahu berehat, namun tidak dapat berbuat demikian sehingga hari ini sejak menyerahkan jawatan itu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ahad lepas, Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi PRU14, manakala presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri. — Bernama



Sumber Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM


Demikianlah Artikel Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM

Sekianlah artikel Politik Dr M konsisten untuk tidak konsisten, kata TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :