Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia

Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia
link : Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia

Baca juga


Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia

Nama Proton Saga daripada Ismail Jaafar terpilih sebagai pemenang daripada keseluruhan 102,823 penyertaan anjuran Perusahaan Otomobil Nasional. ― Foto ihsan Facebook/Azbi CentreNama Proton Saga daripada Ismail Jaafar terpilih sebagai pemenang daripada keseluruhan 102,823 penyertaan anjuran Perusahaan Otomobil Nasional. ― Foto ihsan Facebook/Azbi CentreSUNGAI PETANI, 13 Jan ― Pesara tentera, Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), meninggal  dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Nuri dekat sini, pukul 3.10 petang semalam.

Allahyarham Ismail, 71, mencipta nama Proton Saga, yang terpilih daripada keseluruhan 102,823 penyertaan yang diterima Proton selaku penganjur, ketika pelancaran edisi pertama kereta nasional itu yang disempurnakan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1 September 1985.

Beliau meninggalkan isteri, Sariah Abdul Rahman, 69, dan tiga anak, Mohd Sariffuddin, 46, Siti Sarismahan, 42, dan Siti Sarismahanim, 37.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Sariffuddin berkata kesihatan bapanya semakin merosot sejak akhir tahun lalu dan sering keluar masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Allahyarham juga ada penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis, Khamis lalu dia baru keluar wad, petang semalam, selepas Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir di samping semua anggota keluarga.

“Alhamdulillah, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtus Solihin Amanjaya, pukul 10.55 malam tadi,” katanya.

Ismail yang bersara sejak lebih 20 tahun lalu, sebelum itu merupakan staf sarjan dengan jawatan terakhir disandang, ketua kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak.

Ismail yang berasal dari Pulau Pinang, berpeluang menunaikan haji pada Julai tahun lalu bersama isterinya. ― Bernama



Sumber Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia


Demikianlah Artikel Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia

Sekianlah artikel Pesara tentera cipta nama Proton Saga meninggal dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: