Judul : Mane boleh kembali jumpa West Ham
link : Mane boleh kembali jumpa West Ham
Mane boleh kembali jumpa West Ham
LONDON: Sadio Mane boleh melakukan kemunculan semula buat Liverpool di West Ham United esok selepas melalui proses pemulihan yang menggalakkan daripada kecederaan hamstring, kata pengurus Jurgen Klopp hari ini.
Pemain sayap Senegal itu tidak bermain buat Liverpool sejak 1 Oktober selepas cedera ketika perlawanan antarabangsa, namun kembali berlatih bersama rakan sepasukan semalam.
"Sadio berlatih semalam buat pertama kali bersama pasukan dan tampak sangat bagus. Kami akan lihat apa yang kami boleh lakukan," kata Klopp kepada wartawan di pusat latihan Liverpool dekat Melwood.
"Semalam dia tampak sudah bersedia untuk sekurang-kurangnya 20-25 minit, tetapi kami perlu menanti untuk melihat bagaimana badannya bertindak dengan sesi latihan itu kerana ia adalah sesi bola sepak pertamanya dalam tempoh yang lama.
"Dia melakukannya dengan sangat bagus. Dia jelas tidak hilang keupayaan dan kemahiran ketika cedera, itu amat bagus."
Liverpool berkedudukan keenam Liga Perdana, 12 mata di belakang pendahulu Manchester City.
Namun dengan City menanti kehadiran pasukan tangga kelima Arsenal esok dan pasukan tangga keempat Chelsea melayan pasukan tangga kedua Manchester United, mereka berpeluang mengambil kelebihan berdepan pasukan yang berada di atas.
Philippe Coutinho tidak menyertai saingan di Stadium London kerana kecederaan otot yang menyebabkan dia terlepas kemenangan 3-0 Liverpool berdepan Huddersfield Town dan Maribor.
Namun Georginio Wijnaldum yang terpaksa dikeluarkan lebih awal ketika menentang Maribor akibat kecederaan pergelangan kaki serta Dejan Lovren, yang cedera betis dalam pertemuan dengan Huddersfield kini boleh bermain. - AFP
Sumber Mane boleh kembali jumpa West Ham