Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019

Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019
link : Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019

Baca juga


Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019

Bayangkan jika kita miliki sebuah kereta boleh terbang seperti mana dalam filem “Back To The Future” lakonan Michael J. Fox dan Christopher Llyod, tentunya kita dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah yang kita hadapi seharian.

Semestinya untuk pergi ke sesuatu destinasi cepat dan menjimatkan masa. Di negara-negara Asia hari ini, penyelesaian kepada masalah kesesakan lau lintas menjadi satu perkara biasa yang cukup merimaskan.

 Kemungkinan ianya bakal menjadi kenyataan dalam dunia pengangkutan Malaysia bakal mencapai satu revolusi baharu apabila kereta terbang akan mula diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 2019.

Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

3 model berkenaan adalah kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan satu model kereta terbang. Selain itu, Proton juga akan menaikkan kualiti 6 model yang sedia ada untuk meningkatkan daya saing Proton dengan jenama-jenama kereta lain yang ada di pasaran Malaysia.

Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996. Pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Geely telah membeli syarikat kereta terbang start-up Amerika Syarikat, Terrafugia dengan satu nilai yang tidak dinyatakan baru-baru ini.

Terrafugia sebuah company dari Amerika Syarikat mencipta kereta terbang pertama di dunia kepada orang ramai sejak tahun 2006. Dengan adanya kepakaran dan tenaga kerja di Proton, ianya dapat mempercepatkan lagi proses untuk menghasilkan kereta ini; sekurang-kurangnya satu prototype yang berfungsi sepenuhnya untuk terbang.

# Kereta Terbang Pertama Dunia Akhirnya Dijual

Kereta yang dinamakan sebagai Pal-V Liberty yang merupakan kenderaan dua alam iaitu boleh bergerak di atas daratan dan udara, akan boleh didapati di pasaran hujung tahun ini dengan harga 425,000 pound sterling (RM2.3 juta).

Dengan menggunakan konsep helikopter, kenderaan itu dianggap sebagai sesuai dan selamat digunakan oleh pemandu apabila berdepan kesesakan lalu lintas.

Kereta Pal-V Liberty mempunyai kemampuan untuk berlepas secara menegak dan memiliki saiz seperti saiz normal kenderaan di jalan raya.

Tempahan awal kereta itu sudah dibuka dan pelanggan pertama dijangka menerima kenderaan tersebut pada hujung tahun depan.

Kereta canggih itu dicipta oleh syarikat PAL-V dari Belanda dan boleh membawa dua penumpang pada satu-satu masa. Dengan berat 910 kilogram, kereta itu boleh mencapai kelajuan 180 kilometer sejam ketika bergerak sama ada di udara dan darat.



Sumber Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019


Demikianlah Artikel Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019

Sekianlah artikel Proton Bakal Perkenalkan Kereta Terbang Di Malaysia Tahun 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :