Judul : Program Dakwah Maulid jadi program tahunan
link : Program Dakwah Maulid jadi program tahunan
Program Dakwah Maulid jadi program tahunan
KUANTAN: Kerajaan Pahang mahu Program Dakwah Maulid anjuran Kolej Yayasan Pahang (KYP) dengan kerjasama kerajaan negeri dijadikan sebagai program tahunan.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata ia berdasarkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir, termasuk pelajar sekolah di daerah itu.
"Program ini bertujuan mengajak masyarakat mendekati dan menghayati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW serta memahami erti Maulidur Rasul.
"Selain itu, kita juga mahu mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini tidak kira apa pun pegangan mereka supaya dapat mengukuhkan ukhwah sesama manusia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup Majlis Dakwah Maulid peringkat Negeri Pahang di Kompleks SUKPA, Indera Mahkota, malam tadi.
Yang turut hadir, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman dan Pengarah Urusan Kolej Yayasan Pahang (KYP), Datuk Norhishamuddin Yaacob.
Program julung kali diadakan itu dihadiri kira-kira 2,000 orang, termasuk kakitangan jabatan kerajaan, pelajar sekolah, pelajar tahfiz dan masyarakat setempat.
Syed Ibrahim berkata, konsep dakwah yang disampaikan penceramah dapat memberi pencerahan ilmu dan kefahaman kepada mereka yang hadir.
Katanya, soal perpaduan juga dititikberatkan dalam program itu supaya masyarakat sentiasa berusaha menjaga keamanan agama dan negara, sekali gus mencapai kemakmuran ummah.
Sumber Program Dakwah Maulid jadi program tahunan