Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun

Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun
link : Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun

Baca juga


Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun

KUANTAN: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian kanan perut dan kiri dada dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, dekat sini, hari ini.

Mayat mangsa, Norhasilah Ismail, 34, ditemui oleh suaminya, Nasrul Mansor, 32, yang baharu pulang mengambil dua anaknya dari sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berdasarkan siasatan, mangsa pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi selepas menghantar anaknya ke sekolah.

"Ketika kejadian mangsa bersama dengan anak lelakinya yang berusia empat tahun dan dipercayai diserang oleh seorang suspek dipercayai yang berada dalam rumah.

"Siasatan juga mendapati, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.
 
"Bagaimanapun anak mangsa tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan ada cubaan samun.

"Kita sudah minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang," katanya.
 
Katanya lagi, ketika kejadian, suami mangsa tidak berada di rumah kerana keluar bekerja awal pagi.
 
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan.

Beliau berkata, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri.

"Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Sumber Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun


Demikianlah Artikel Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun

Sekianlah artikel Wanita ditemui mati ditikam di perut dan dada, dipercayai disamun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: