Judul : Kes anggota TLDM meninggal dunia diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
link : Kes anggota TLDM meninggal dunia diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
Kes anggota TLDM meninggal dunia diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
IPOH: Polis mengklasifikasikan kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai mati mengejut dan sedang menunggu keputusan bedah siasat mengenai kes berkenaan buat masa ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata pihaknya masih menantikan laporan penuh bedah siasat kedua-dua anggota itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Tian Kee berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuiman Mohd Shukri, 26, yang ditahan di Pusat Komunikasi Sg Wangi, Sitiawan semalam.
BACA: "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua"
Tian Kee juga memberikan maklumat mengenai sesi latihan yang dijalani oleh kedua-dua anggota yang meninggal dunia tersebut.“Kedua-dua si mati bukan kawan atau kenalan dan kedua-duanya bertugas di unit berlainan, manakala jenis latihan adalah orientasi mengikut Standard Pematuhan Piawaian (SOP) bagi tahanan yang dirujuk ke pusat tersebut,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini,hari ini.
Menurut Tian Kee, siasatan awal mendapati Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat telah dijatuhi hukuman selama 45 hari bermula pada 27 September lepas berikutan kegagalan beliau untuk hadir dalam tugas perkhidmatannya.
“Nik Muhammad telah dimasukkan di Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi pada 28 September lepas kerana beliau berhadapan dengan pertuduhan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan yang bertentangan dengan Seksyen 58 Angkatan Tentera 1972.
“Selain itu, anggota berkenaan juga disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan kes masih dalam siasatan menunggu laporan kimia,” katanya lagi.
Sementara itu, Tian Kee menjelaskan Muhammad Lailatuman pula berdepan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti dan menjadi tumpangan sementara di bilik tahanan Unit TLDM Lumut sebelum dhantar ke Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota yang terlibat dalam kejadian sekitar 3.15 petang itu difahamkan menjalani kesemua latihan fizikal mengikut prosedur yang ditetapkan.
Jurucakap TLDM dalam kenyataan itu berkata, kedua-dua anggota itu mengadu kepenatan sewaktu dalam sesi sebelum direhatkan dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.
Sumber Kes anggota TLDM meninggal dunia diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis