Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor

Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor
link : Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor

Baca juga


Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia membincangkan kerja penebusgunaan tanah di Selat Johor dan kemungkinan berlaku kesan buruk merentas sempadan, dalam program Pertukaran Lawatan Tahunan (AEV) Malaysia-Singapura kali ke-30, di sini.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini pada Jumaat, Menteri-Menteri yang menghadiri AEV bersetuju bahawa adalah penting bagi Singapura dan Malaysia untuk terus memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berada di sini selama tiga hari sehingga 30 Sept atas undangan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Masagos Zulkifli, untuk menghadiri AEV.

Sejak 1979, AEV menyumbang kepada hubungan dan kerjasama lebih erat antara kedua-dua kementerian dalam perkara berkaitan alam sekitar.

Kenyataan itu menyebut Menteri-Menteri berkenaan turut menegaskan semula komitmen mereka di bawah Perjanjian Penyelesaian untuk memantau, bertukar-tukar maklumat dan membincangkan perkara yang memberi kesan kepada persekitaran masing-masing di Selat Johor, termasuk kerja penebusgunaan tanah dengan kemungkinan berlaku kesan buruk merentas sempadan.

Dalam hubungan ini, Menteri-Menteri berkenaan menggesa Pasukan Petugas Bersama Teluk Danga supaya bekerjasama rapat dan menyelesaikan isu berkaitan penemuan kajian batimetri di Teluk Danga dengan segera, menurut kenyataan itu,

AEV berikutnya pada 2018 akan diadakan di Malaysia.

Kedua-dua menteri turut menyemak semula kemajuan yang dicapai oleh Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar (MSJCE).

Pada 28 Sept, Mesyuarat MSJCE ke-31 mencapai kejayaan dalam perbincangan dan pertukaran pandangan membabitkan beberapa bidang kerjasama yang turut merangkumi Pemantauan Bersama Kualiati Air di Selat Johor.

Kedua-dua menteri bersetuju terhadap kepentingan kualiti air yang baik di Selat Johor, dan menggalakkan kedua-dua pihak supaya meneruskan usaha untuk menambah baik kualiti air dengan melaksanakan langkah untuk mengawal sumber pencemaran, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA



Sumber Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor


Demikianlah Artikel Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor

Sekianlah artikel Singapura-Malaysia bincang tebus guna tanah di Selat Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: