Judul : Mother! buat penonton tertekan
link : Mother! buat penonton tertekan
Mother! buat penonton tertekan
MOTHER! Sebuah filem penuh metafora dan simbolik dengan pelbagai persoalan daripada awal sehingga ke hujung ceritanya.Membawakan tema yang agak berat untuk dihadam penonton, filem arahan Darren Aronofsky ini mengingatkan kita kepada filem arahannya terdahulu, Black Swan (2010).
Darren yang juga penulis skrip Mother! cuba memperlihatkan idea unik dalam filem berdurasi 122 minit dengan mengawal turun naik emosi penonton menerusi susunan babak yang sangat memberikan impak.
Filem ini mengisahkan kehidupan suami isteri yang penuh dengan misteri dan teka-teki tinggal di sebuah rumah lama. Kehidupan mereka cukup baik dan sempurna.
Si suami seorang penulis lebih banyak menghabiskan masa mencari idea terbaru untuk karyanya membuatkan isterinya mengurus rumah mereka sendirian.
Suatu hari, mereka didatangi seorang tetamu yang tidak dikenali dikenali. Tidak lama kemudian, ia disusuli dengan anak-anaknya yang akhirnya turut menjadi tetamunya. Rumah yang sunyi itu menjadi sebuah keraian.
Namun pasangan itu tidak pernah mengalukan keraian tersebut di rumah mereka dan konflik berlaku dalam kehidupan mereka.
Keseluruhannya, ramai yang menganggap Mother! terlalu sukar difahami, bersifat seni dan hanya menyasarkan golongan tertentu sahaja untuk menikmatinya.
Terlalu banyak persoalan berbanding penjelasan sehingga penonton bosan.
Malah elemen metafora yang berleluasa dalam filem berbajet USD$30 juta ini juga seperti memaksa penonton memproses sendiri apa yang mereka fahami.
Bagaimanapun dari sudut lakonan, Mother! tampil dengan cukup membanggakan menerusi gandingan hebat barisan pelakon terkenal Hollywood seperti Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Ed Harris yang berlakon cemerlang.
Jennifer Lawrence yang memegang watak utama berjaya menjadi penggerak yang cukup penting dalam keseluruhan jalan cerita apabila berjaya menghidupkan karakter yang diberikan kepadanya dengan cukup meyakinkan.
Sumber Mother! buat penonton tertekan