“Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?

“Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?
link : “Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?

Baca juga


“Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?

Sejak seminggu yang lalu, kecoh satu Malaysia dek sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja bagi menggunakan perkhidmatan mesin basuh layan diri di kedai tersebut.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan konsep yang dilaksanakan pemilik perniagaan terbabit – lebih-lebih lagi di negara kita yang berbilang kaum ini – saya pelik juga akan sebab mengapa agaknya ramai yang cepat melenting apabila mendapat tahu kewujudan kedai dobi mengamalkan sikap diskriminasi sedangkan tidak pula bertindak sedemikian terhadap amalan diskriminasi yang lain?

Pastinya setiap individu warganegara Malaysia yang tidak hidup di bawah tempurung sedia maklum akan amalan-amalan diskriminasi yang sudah lama menular di banyak kejiranan kita.

Contohnya, tuan-tuan punya rumah menawarkan hartanah mereka untuk disewakan kepada kaum-kaum yang tertentu.

“For Chinese Only” (Untuk Cina sahaja).

“Untuk Muslim sahaja.”

Saya pernah bertanya kepada tuan punya rumah berketurunan Cina akan sebab mereka memilih kaum yang sama berbanding memilih penyewa bertanggungjawab.

Kata mereka, penyewa Cina lebih mudah membayar sewa tepat pada masanya, manakala penyewa Muslim dan India cenderung memasak sambal belacan dan kari, menyebabkan seluruh rumah berbau busuk.

Bagi tuan punya rumah beragama Islam pula, menurut mereka, adalah lebih mudah menerima penyewa Musim memandangkan penyewa bukan Islam mungkin akan menggunakan kelengkapan dapur bagi menyediakan makanan yang tidak halal, lantas memaksa mereka menyamak seisi rumah sebelum mencari penyewa lain.

Jika difikirkan dengan mendalam serta diteliti, perbezaan antara alasan yang diberikan oleh tuan-tuan punya rumah berkenaan dengan pemilik kedai dobi tersebut, tidaklah begitu ketara.

Jadi, bukankah pemilihan kaum tertentu dalam soal penyewaan rumah juga satu bentuk diskriminasi?

Alasan bahasa

Habis, mengapa pula tak kecoh satu Malaysia?

Selain daripada amalan diskriminasi sebahagian tuan-tuan punya rumah semasa memilih penyewa, ada juga majikan yang bertindak sedemikian dalam pemilihan pekerja.

Pastinya ramai yang sudah maklum dengan iklan-iklan jawatan kosong sebegini:

“Only for Chinese applicants” (Untuk pemohon Cina sahaja).

Apabila ditanya apa sebab sebahagian mereka memasukkan faktor bangsa semasa pemilihan pekerja, ada saja majikan yang memberi alasan kebolehan bertutur bahasa Mandarin sebagai puncanya.

Peliknya, jika benarlah alasan tersebut, mengapa pula iklan jawatan kosong tersebut tidak hanya mewajibkan pemohon bertutur dalam bahasa Mandarin, sebaliknya menekankan faktor bangsa?

Hmm…bunyi macam diskriminasi juga, bukan?

Selain itu, ada juga saya terbaca kisah seorang netizen meninggalkan komen dalam sebuah blog menceritakan pengalamannya. Katanya:

“Saya berkelulusan universiti tempatan dan sudah bekerja dengan sebuah syarikat tempatan. Pemilik serta majoriti pekerjanya merupakan kaum Cina.

“Sudah setahun lebih saya bekerja, berhempas-pulas cuba membuktikan kebolehan saya. Datang pula seorang pekerja berbangsa Cina yang baru memperoleh ijazah tanpa pengalaman bekerja.

“Individu tersebut bukan sahaja ditawarkan posisi yang sama seperti saya di dalam syarikat, malahan gaji permulaanya juga lebih tinggi berbanding gaji saya yang sudah setahun bekerja.”

Diskriminasi kita sendiri

Tak tahulah apa pendapat para pembaca akan kisah di atas, tetapi pada pandangan saya, bunyinya seakan diskriminasi di tempat kerja.

Seperti saya, pastinya ramai yang telah mendengar bermacam amalan diskriminasi sedemikian rupa di kalangan masyarakat kita. Peliknya kita bertoleransi saja dengan amalan-amalan tersebut sedangkan tergedik-gedik pula membuat bising apabila mendengar tentang kedai dobi yang menyediakan perkhidmatan hanya untuk pelanggan Muslim.

Kenapa?

Apakah lebih seronok menghentam orang Melayu dan Muslim berbanding kaum yang lain?

Sesungguhnya, dengan sikap kita yang fokus pada keaiban satu pihak dan dalam masa yang sama alpa dengan keaiban pihak yang lain, sebenarnya kita sendiri yang cenderung ke arah diskriminasi.

FA ABDUL ialah kolumnis Malaysiakini edisi bahasa Inggeris.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber: MK



Sumber “Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?


Demikianlah Artikel “Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?

Sekianlah artikel “Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: