Judul : Mahadzir Lokman semakin stabil, berpindah ke wad biasa
link : Mahadzir Lokman semakin stabil, berpindah ke wad biasa
Mahadzir Lokman semakin stabil, berpindah ke wad biasa
Ikon penyiaran yang berusia 60 tahun itu dijangka akan berada di bawah pemantauan kumpulan perubatan PPUM selama seminggu sebelum dibenarkan untuk pulang.
Dalam satu mesej WhatsApp kepada pihak media dari adiknya, Danial hari ini Mahadzir dilaporkan sudah semakin ceria dan telah mula berkomunikasi dengan pelawat yang datang ke hospital.
BACA: Mahadzir Lokman semakin pulih, mampu jalani rawatan fisio ringanBACA: Mahadzir Lokman semakin pulih, mampu jalani rawatan fisio ringan
BACA: Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga
Menurut Danial, keluarganya berterima kasih kepada warga PPUM dan kumpulan perubatan yang diketuai Perunding Kanan, Profesor Syahnaz Hasan atas bantuan menjaga Mahadzir sepanjang beliau berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), PPUM sejak Ahad lalu.
Mahadzir dikejarkan ke PPUM sekitar jam 10 pagi Ahad selepas dijumpai tidak sedarkan diri di kediamannya di Petaling Jaya selepas pulang dari Jakarta atas urusan kerja minggu lalu.
Sumber Mahadzir Lokman semakin stabil, berpindah ke wad biasa