Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000

Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000
link : Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000

Baca juga


Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan ganti rugi berjumlah RM149,000 kepada seorang ibu yang anaknya meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 2012, setelah memutuskan bahawa kematian itu disebabkan kecuaian polis.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed turut memerintahkan kesemua defendan termasuk ketua polis negara ketika itu Tan Sri Ismail Omar, ketua pengarah Rela ketika itu, Datuk Mustafa Ibrahim, kerajaan Malaysia, 12 anggota polis dan dua anggota Rela supaya membayar kos RM35,000 kepada ibu mangsa Lim Gaik Suan, 71, dan kakak mangsa Cheah Saw Imm, 51.

Dalam keputusannya Abdul Wahab berkata si mati (Cheah Chin Lee) berada dalam kawalan defendan pada masa berkenaan dan menjadi kewajipan bagi pihak defendan untuk memastikan si mati tidak mempunyai apa-apa kecederaan.

Abdul Wahab turut membenar tuntutan ganti rugi kepada kedua-dua plaintif -- Lim dan Cheah Saw -- iaitu ganti rugi tanggungan sebanyak RM114,000, kos pengebumian RM15,000 dan ganti rugi teladan RM20,000.

Pada September 2015, kedua-dua plaintif berkenaan menfailkan saman terhadap 17 defendan itu dengan mendakwa kematian si mati disebabkan kecuaian defendan.

Pada Mac tahun lalu, Koroner L. Umma Devi yang mendengar inkues berhubung si mati memutuskan bahawa kematian itu disebabkan si mati menggantung diri.

Cheah yang ditahan polis pada tengah malam 13 Ogos 2012 bagi membantu siasatan polis berhubung kes curi motosikal ditemui mati tergantung lima jam selepas ditahan di lokap Balai Polis Tanjung Tokong.

Sementara itu Lim ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur terhadap keputusan mahkamah dan menegaskan bahawa anaknya bukan membunuh diri.

Kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Rahazlan Afandi Abdul Rahim.

-- BERNAMA



Sumber Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000


Demikianlah Artikel Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000

Sekianlah artikel Anak mati dalam tahanan polis : Ibu peroleh ganti rugi RM184,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: