Judul : DBKL mohon maaf, pengawal halang arkitek pakai skirt masuk
link : DBKL mohon maaf, pengawal halang arkitek pakai skirt masuk
DBKL mohon maaf, pengawal halang arkitek pakai skirt masuk
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memohon maaf kepada seorang arkitek perempuan yang dilarang memasuki bangunan itu kerana memakai skirt.
Jabatan Penguatkuasaan DBKL berkata pengawal yang melarang Datuk Tan Pei Ing masuk bagi menghadiri satu mesyuarat mewakili Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) sudah diberikan nasihat.
"DBKL memohon maaf di atas tindakan pengawal keselamatan yang baharu bertugas tersebut kerana tidak dapat menggunakan budi bicara yang baik berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan," kata pengarah jabatan itu di Facebook DBKL.
Pada Khamis, Tan menulis di Facebooknya, meluahkan rasa marah dan dimalukan selepas tidak dibenarkan memasuki bangunan DBKL ekoran kod pemakaiannya.
Bekas presiden Institut Arkitek Malaysia merungut pengawal keselamatan terbabit bersikap biadap sewaktu menjelas sebab mengapa dia tidak dibenarkan masuk.
* Baca seterusnya di Malay Mail Online.
Sumber DBKL mohon maaf, pengawal halang arkitek pakai skirt masuk