Judul : “Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi tak salah?” – Isma pertahan pemilik dobi Muslim
link : “Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi tak salah?” – Isma pertahan pemilik dobi Muslim
“Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi tak salah?” – Isma pertahan pemilik dobi Muslim
Portal milik NGO Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), ismaweb.net mempertahankan tindakan pemilik dobi di Johor yang membuka kedai khas untuk orang Islam.
Pendirian itu dinyatakan melalui satu artikel oleh Kata Pedang semalam, yang turut disertakan dengan gambar memaparkan perbuatan pengguna kedai dobi membawa anjing.
Artikel itu mendakwa, pengguna di dalam gambar tersebut turut membiarkan anjing itu merayau atau meletakkannya di atas kerusi.
“Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi yang menjadi najis berat buat Islam ke dalam kedai dobi tak salah? Letak anjing atas troli pusat beli-belah salah?” petik artikel itu.
Artikel sama turut mendakwa kedai dobi di dalam gambar tersebut terbuka kepada umum dan orang bukan Islam sepatutnya faham bahawa premis itu turut digunakan oleh umat Islam.
“Jangan anggap mudah mengenai kebersihan dan kesucian yang diutamakan dalam Islam,” katanya.
Sementara itu, dalam artikel berasingan, Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman dilaporkan berkata, pengusaha dobi ‘Mesra Muslim’ di Johor tidak perlu rasa bersalah walaupun dikecam sesetengah pihak.
Katanya, membuka kedai dobi yang dikhaskan hanya untuk orang Islam bukan ekstrem.
“Jadi, dia tidak perlu kesal dikutuk kerana melakukan perkara yang betul. Lagipun, tidak ada sesiapa yang dipaksa untuk basuh baju di kedai dobi itu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber “Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi tak salah?” – Isma pertahan pemilik dobi Muslim